Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PSD: Silap masuk data, pengekodan sistem IT punca bayaran gaji kurang

Pegawai terjejas dimaklum bulan ini hingga Mac, bayaran pampasan dari sekarang hingga pertengahan tahun depan
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN Awam akan membayar pampasan sekitar $10 juta kepada kira-kira 3,000 penjawat awam dahulu dan sekarang yang menerima bayaran kurang daripada sepatutnya selama bertahun-tahun akibat kesilapan dalam rekod sumber manusia (HR).



Kesilapan itu ditemui dalam proses peningkatan sistem teknologi maklumat (IT) senarai gaji dan HR, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam satu kenyataannya semalam.



Ini berlaku terutamanya disebabkan kesilapan manusia dalam kemasukan data dan pengekodan sistem IT senarai gaji dan HR, dengan keupayaan pengesanan kesilapan sistem IT itu tidak mencukupi.



Sebahagian besar kesilapan itu berkaitan ketidaktepatan rekod tempoh Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa penjawat awam lelaki.



PSD berkata sejak 2002, Perkhidmatan Awam mengiktiraf tempoh pengurangan khidmat NS bagi mereka yang mencapai tahap kesihatan baik yang layak bagi seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) sebagai sebahagian tempoh NS yang diiktiraf bagi tujuan menentukan gaji permulaan dan faedah perkhidmatan.



Namun, mereka mendapati tempoh pengurangan khidmat NS itu tidak dirangkumkan dalam rekod HR beberapa penjawat awam lelaki, dan ini seterusnya menjejas cuti mereka dan faedah lain.



Kesilapan lain pula melibatkan ketidaktepatan dalam algoritma IT yang digunakan untuk mengira gaji cuti perubatan bagi penjawat awam yang mengambil cuti kecederaan perkhidmatan.



Mereka turut menemui kesilapan dalam program sistem HR untuk mengira bayaran yang akan diterima beberapa pesara apabila mereka bersara daripada Perkhidmatan Awam untuk menerima elaun tahunan.



PSD berkata pihaknya berusaha mengesan dan mengesahkan sumber kesilapan tertentu dalam sistem IT sejurus selepas menemui kesilapan tersebut.



Ia juga bekerjasama dengan agensi dalam Perkhidmatan Awam untuk memeriksa sekitar 102,000 rekod semasa dan lama, yang tarikhnya kembali ke 1990-an, dan melakukan pemeriksaan tambahan dan pengiraan semula faedah.



Proses itu mengambil masa lebih dua tahun dan didapati sekitar 3,000 penjawat awam dahulu dan sekarang - atau sekitar 2 peratus penjawat awam dalam perkhidmatan dalam tempoh dua dekad lalu - menerima bayaran kurang daripada yang patut akibat kesilapan tersebut.



Setiausaha Tetap PSD, Encik Loh Khum Yean, berkata Perkhidmatan Awam sangat menyesali kesilapan dan kesusahan yang berlaku itu.



"Kami akan berusaha sedaya upaya menghubungi setiap individu terjejas teruk untuk meminta maaf bagi kesilapan itu, menjelaskan keadaan, dan juga memperbaiki percanggahan tersebut.



"Kami telah memperbetul pemprograman sistem dan keupayaan pengesanan kesilapan terbina dalam untuk mengesan kesilapan berpotensi dan memastikan ketidaktepatan sedemikian tidak berulang," kata beliau.



Penjawat awam dalam perkhidmatan dan terjejas akan dimaklumkan oleh jabatan HR mereka antara bulan ini dengan Mac tahun depan, dan proses mengesahkan dan bayaran pampasan akan dilaksana dari sekarang hingga pertengahan tahun depan.



Mereka yang telah meninggalkan Perkhidmatan Awam pula akan menerima surat berdaftar di alamat terakhir mereka yang diketahui, dan panggilan telefon serta lawatan ke rumah dari sekarang hingga Mac tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >