Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah dilantik Canselor SUSS mulai 1 Okt

Sep 25, 2023 | 07:05 PM



Mantan Presiden Halimah Yacob telah dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), bermula 1 Oktober ini.

Puan Halimah akan mengambil alih jawatan daripada Encik Stephen Lee, yang telah berkhidmat sebagai Canselor SUSS sejak 2018, menurut kenyataan SUSS pada Isnin.

“Encik Stephen Lee telah membawa penghormatan dan makna kepada upacara konvokesyen SUSS semasa memegang jawatan sebagai Canselor. Beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, memegang jawatan penting dalam pelbagai pertubuhan,” menurut SUSS dalam kenyataannya itu.

Mengulas tentang pelantikannya, Puan Halimah berkata: “Saya berbesar hati dilantik sebagai Canselor SUSS yang baru. Universiti ini mempunyai tempat yang unik di Singapura, dengan misinya untuk memberi dorongan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

“Ia adalah sesuatu yang saya yakini dengan kukuh kerana ia merupakan satu pemikiran yang memperkasakan individu untuk menerima perubahan dalam dunia yang sentiasa berkembang dan terus mempertingkatkan diri sepanjang hayat mereka.”

Puan Halimah telah dipilih sebagai Speaker Parlimen kesembilan pada 2013, menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut; dan setelah itu pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Presiden kelapan Singapura pada 14 September 2017 untuk tempoh enam tahun.

Presiden SUSS, Profesor Tan Tai Yong, berkata: “Kami berbesar hati dan mengalu-alukan Puan Halimah Yacob sebagai Canselor baru kami. Beliau telah lama menjadi peguam bela dalam isu sosial yang penting dan memberi kesan kepada kehidupan. Kehadiran beliau akan menjadikan universiti kita lebih berkuasa untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempengaruhi kehidupan orang ramai secara positif.”

Profesor Tan juga merakamkan penghargaan yang mendalam kepada Encik Stephen Lee atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh lima tahun sebagai Canselor.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaan berterusan SUSS dalam memberi impak kepada masyarakat melalui sains sosial gunaan,” tambah Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >