Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pupuk persefahaman penting demi capai harmoni kaum: Fahmi

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



MEMUPUK persefahaman kaum dan pertukaran pengetahuan budaya adalah penting dalam usaha berterusan memelihara keharmonian kaum dan agama, kata Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Malah, dalam berusaha memelihara budaya etnik masing-masing bagi generasi akan datang, masyarakat berbeza kaum boleh bekerjasama dengan kumpulan budaya lain yang mempunyai matlamat serupa.



"Selain memupuk harmoni antara kaum dan agama, adalah penting juga kita berusaha memelihara dan mempertahan warisan kita bagi generasi akan datang," ujar Encik Fahmi.



"Namun, kita harus sedar perkara ini tidak boleh dilakukan sendirian. Ada banyak pertubuhan... yang berkongsi matlamat serupa dan ini membolehkan kita bekerjasama bagi usaha ini."



Encik Fahmi, yang juga penasihat akar umbi di Geylang Serai, berkata demikian dalam ucapan di acara 'Malam Menghargai Budaya dan Keharmonian Kaum' yang dianjurkan oleh Persatuan Kuil Lorong Koo Chye Sheng Hong baru-baru ini.



Acara itu, yang disiarkan secara maya menerusi beberapa laman media sosial, menggabungkan kumpulan seni berbilang kaum etnik dan budaya dalam satu persembahan.



Antara kumpulan yang mengambil bahagian ialah kumpulan silat Si Rumpun Padi, Ethos Odissi-Apsaras Arts Academy, Shantha Ratii Initiatives dan Wudang Shenghong Health Preservation Centre dan Sheng Hong Arts Institute Dance Troupe.



Kumpulan Si Rumpun Padi dan Wudang Shenghong turut berkongsi pentas membuat persembahan seni pertahanan diri, sementara penari daripada Shantha Ratii Initiatives pula bergabung dengan penari daripada Sheng Hong untuk menyampaikan persembahan berjudul 'One and All.



Mengulas mengenai acara itu, setiausaha kehormat Persatuan Kuil Lorong Koo Chye Sheng Hong, Encik Tan Thiam Lye berkata membina kepercayaan antara kaum adalah penting dalam usaha berterusan memupuk keharmonian kaum di Singapura.



"Lebih penting lagi, saya ingin menggalak orang ramai terus membina kepercayaan ini dan jangan membiarkan luntur keyakinan kita pada prinsip Satu Warga, Satu Singapura, sebagai batu asas keharmonian kaum dan agama di Singapura yang terus kukuh sejak 60 tahun yang lalu," ujar Encik Tan, yang juga presiden Persekutuan Agama Tao.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >