Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pupuk semangat kekitaan

Jul 1, 2022 | 5:30 AM
PROGRAM 'NEW U': Program ini memberi murid-murid Sekolah Rendah Xinghua meluangkan masa bersama kawan-kawan. - Foto SEKOLAH RENDAH XINGHUA
PROGRAM 'NEW U': Program ini memberi murid-murid Sekolah Rendah Xinghua meluangkan masa bersama kawan-kawan. - Foto SEKOLAH RENDAH XINGHUA -

TERKENAL dengan program seni mereka, Sekolah Rendah Xinghua memberi tumpuan kepada pembinaan watak dan juga keyakinan pelajar mereka melalui pelbagai program yang ditawarkan oleh sekolah tersebut.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLP) tertumpu kepada pembinaan keyakinan pelajar melalui Program Seni Visual.

Pelajar dapat memanfaatkan rasa ingin tahu mereka untuk reka benda baru dan mereka diberikan peluang mencuba bentuk seni yang berbeza-beza.

Murid-murid Xinghua juga diberi peluang menyertai Akademi Seni, yang merupakan program bagi murid-murid sekolah rendah supaya mereka boleh mendapat pendedahan lebih lanjut dalam bidang seni.

"Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLP) telah membangkitkan semangat saya untuk terus menceburi bidang seni.

"Saya juga mendapat peluang mempelajari tentang pelbagai budaya di Singapura menerusi seni seperti batik.

"Program ini juga telah meningkatkan keyakinan saya untuk mencuba benda baru seperti teknik seni yang saya tidak biasa lakukan," kongsi Raina Mahani, murid darjah empat Sekolah Rendah Xinghua.

Sekolah di Hougang itu juga mempunyai program yang dikenali sebagai 'New U'.

Program itu dilakukan pada permulaan tahun persekolahan dan ia membantu membentuk minda pembelajaran yang betul bagi tahun pembelajaran akan datang.

Program 'New U' ini juga mempunyai acara yang memberi pelajar peluang untuk mengenali satu sama lain dan juga mengeratkan hubungan dengan rakan sekelas selepas cuti.

"Sejak dimulakan, program 'New U' ini telah membantu murid-murid mengenal pasti rutin dan peraturan di sekolah selepas cuti sekolah yang panjang.

"Program ini memberikan murid-murid rasa semangat kekitaan di kelas, jadi saya rasa program ini penting untuk mereka, terutama sekali murid-murid yang berada di darjah satu," ujar Cik Nasreen Haji Shahabuddin, guru di Sekolah Rendah Xinghua.

Sementara itu, pengetua Sekolah Rendah Xinghua, Encik Chew Mun Wai juga berkongsi bahawa ada beberapa perkara yang murid-murid boleh pelajari daripada program yang ditawarkan.

"Melalui program-program yang Xinghua adakan, saya harap murid-murid di sekolah ini boleh membina kemahiran komunikasi, kemahiran berfikiran kritikal, dan juga membina keyakinan. Kemahiran sebegini penting untuk masa depan mereka," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg