Topik diikuti
Pergi ke BHkuPusat bandar bakal bermandi cahaya sambut tahun baru
Premium
Pusat bandar bakal bermandi cahaya sambut tahun baru
Ketibaan tahun baru bakal diraikan dengan pelbagai aktiviti meriah terutama sekali di kawasan Marina Bay. Dari pesta cahaya hingga pertunjukan bunga api yang bakal menghiasi ruang udara kawasan bandar Singapura, orang ramai dijemput untuk bersama-sama mengira detik menjelang tahun baru 2019!
Dec 22, 2018 | 5:30 AM
Pusat bandar bakal bermandi cahaya sambut tahun baru
PENGLIBATAN masyarakat menjadi tumpuan utama bagi aktiviti menjelang tahun baru di Marina Bay Singapore Countdown tahun ini.
Pancaran lampu berwarna-warni yang bakal menghiasi beberapa bangunan di kawasan itu disesuaikan daripada karya seni beberapa pelajar serta penerima bantuan sekolah setempat dan pertubuhan kebajikan.
