Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Pusat bangunkan pendidikan perwatakan, kewarganegaraan pelajar S’pura dilancar

Pusat bertujuan sokong perkembangan holistik kanak-kanak, belia
May 30, 2023 | 05:37 PM



USAHA membangunkan pedagogi akademik para pelajar harus selari dengan pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan (CCE) di sekolah-sekolah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing. 

Malah, beliau menambah bahawa CCE juga memainkan peranan sebagai asas dalam membentuk pencapaian akademik pelajar.

Pada Selasa, Encik Chan melancarkan Pusat Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan Singapura dalam majlis pembukaan Persidangan Guru-Guru yang ke-11 dan Pesta ExCEL 2023, yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Sands.

Pusat itu, yang terletak di Institut Pendidikan Nasional (NIE), adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini.

Ia ditubuhkan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan NIE.

Encik Chan berkata:

“Pendidikan bukan hanya tentang pembelajaran akademik tetapi melebihi daripada itu. Apa sahaja yang kami lakukan untuk bahagian akademik, ia mesti selari dengan usaha dalam bahagian (pendidikan) perwatakan dan kewarganegaraan. Bahkan, kami melihatnya (pendidikan perwatakan dan kewarganegaraan) sebagai asas untuk yang lain (akademik).

“Ini sebabnya MOE ingin memulakan pusat ini untuk memastikan kami menetapkan usaha, sumber dan tenaga dalam membangunkan pedagogi baru mengenai bagaimana kami dapat mengajar CCE di sekolah-sekolah.”

Pusat baru itu diadakan memajukan pembelajaran dan penyelidikan profesional dalam CCE untuk menyokong perkembangan holistik kanak-kanak dan belia.

Ia bakal menyatukan pakar tempatan dan antarabangsa sebagai perunding dan rakan usaha sama dalam penyelidikan untuk menyokong pembangunan profesional guru dalam latihan di NIE dan yang sedang berkhidmat.

Antara usaha pusat itu termasuk mengendalikan penyelidikan pendidikan mengenai CCE, dengan penekanan pada amalan bilik darjah dan pedagogi dalam konteks Singapura.

Encik Chan menambah bahawa perkembangan CCE di sekolah-sekolah harus diberikan tumpuan bagi membantu memenuhi keperluan berbeza pelajar.

“Ia tidak boleh dilaksanakan dengan begitu sahaja. Ia mesti dibangunkan dengan tujuan… Kumpulan pelajar yang berbeza berdepan cabaran yang berbeza dan kita memerlukan pedagogi yang berbeza untuk kumpulan pelajar yang berbeza,” ujar beliau.

Pusat CCE itu akan dipimpin oleh Profesor Tan Oon Seng, yang kini Dekan Projek Khas di NIE.

Merupakan seorang bekas Pengarah NIE dari 2014 hingga 2018, Profesor Tan, 65 tahun, telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendidikan guru dan menggiatkan semula program latihan NIE untuk menaikkan imej dan profesionalisme guru.

“Melebihi akademik, masyarakat kita masa kini boleh setuju bahawa perkara paling penting pada masa hadapan adalah untuk membangunkan perwatakan pelajar kita,” kata Profesor Tan.

“Untuk mempersiapkan generasi seterusnya, saya percaya lebih banyak usaha yang dapat dilaksanakan dalam bahagian ini.”

Di Persidangan Guru-Guru pada pagi Selasa, Encik Chan juga menyampaikan Anugerah Inovasi Menteri yang julung kalinya diadakan.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf inovasi dengan impak mampan yang berskala besar daripada ibu pejabat MOE, sekolah-sekolah dan lembaga berkanun MOE.

Sebanyak enam projek menerima anugerah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >