Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru pembelajaran disleksia dirasmi di Yishun

Terdapat lapan bilik darjah dan tampung hingga 300 pelajar, berbanding empat bilik darjah untuk 155 sebelum ini
Oct 14, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai pelajar menghidapi disleksia dan perbezaan pembelajaran khusus (SpLD) lain yang tinggal di Yishun dan kawasan berdekatannya kini boleh memanfaatkan kemudahan dan program sokongan di Pusat Pembelajaran Yishun Persatuan Disleksia Singapura (DAS) yang baru.



Pusat itu, yang mula bertapak di Yishun Central sejak 2014, bertujuan memberi pelajar di estet kejiranan itu akses kepada Program Literasi Utama, program Matematik serta Prasekolah DAS.



Program ini melengkapi pelajar dengan kemahiran literasi yang diperlukan dan membina keyakinan serta meningkatkan hasil pembelajaran mereka.



Pusat barunya kini terletak di Blok 741, Yishun Avenue 5 dan menyaksikan kenaikan pendaftaran sebanyak 17 peratus.



Ia akan dihadiri seramai 198 pelajar, berbanding 169 pelajar dalam pusat lamanya di Yishun dan pusat Ang Mo Kio.



Pembukaan pusat baru Yishun itu dirasmikan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim semalam.



Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata:



"Pembukaan pusat baru hari ini akan membolehkan DAS melakukan lebih banyak lagi.



"Ia akan membolehkan pelajar DAS sedia ada yang menetap di kawasan ini untuk terus mudah mengakses program dan perkhidmatan yang disediakan oleh DAS."



Pusat baru DAS kini mempunyai lapan bilik darjah dan dapat menampung sehingga 300 pelajar, berbanding sebelumnya empat bilik darjah untuk hanya 155 pelajar.



Dr Faishal berkata kenaikan kapasiti pusat itu "bermakna lebih ramai pelajar kini dapat mendaftar dan meraih manfaat dari kelas DAS".



Seramai 72 peratus pelajar sedia ada merupakan penerima biasiswa DAS. Biasiswa itu diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.



"Jarak pusat ini dengan rumah mereka akan sangat bermakna bagi mereka, kerana ia akan mengurangkan masa perjalanan dan berikan mereka lebih masa untuk berehat dan belajar," ujar Dr Faishal.



Inisiatif biasiswa itu turut dirangsang dengan sumbangan $99,300 oleh Singapore Island Country Club (SICC) yang akan disalurkan kepada Dana Biasiswa DAS.



Jawatankuasa Penduduk Zon 1 Nee Soon Central dan Majlis Bandaran Nee Soon juga telah bekerja rapat dengan DAS menjelang pembukaan pusat, dengan melawat rumah penduduk untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang pengembangan khidmat DAS di kolong Blok 741.



Dr Faishal menambah: "Dengan mendapat sokongan yang betul, kanak-kanak disleksia dan SpLD akan bukan sahaja dapat menghadapi cabaran pembelajaran mereka dengan lebih baik malah membangunkan kekuatan dan bakat mereka untuk memberi kesan positif kepada masyarakat kita."



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DAS, Encik Lee Siang, pula berkata: "DAS sangat berterima kasih kepada jawatankuasa penduduk dan majlis bandaran atas sokongan luar biasa mereka dalam melibatkan penduduk untuk memasukkan pusat DAS dalam kawasan kejiranan mereka.



"Ini adalah contoh semangat kemasyarakatan yang mengagumkan untuk membantu mereka yang memerlukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >