Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru tawar bantuan kepada perempuan yang hadapi gangguan dalam talian

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN wanita yang menghadapi gangguan dan serangan dalam talian boleh mendapatkan bantuan dari pusat sokongan SheCares@SCWO (Majlis Pertubuhan Wanita Singapura) yang akan menawarkan talian bantuan dan kaunseling serta perkhidmatan undang-undang pada akhir tahun ini.



Pusat sokongan bantuan yang ditubuhkan khas ini, dimulakan oleh badan bukan cari keuntungan, SG Her Empowerment atau dikenali sebagai SHE.



Pusat sokongan itu ditubuhkan oleh Cik Stefanie Yuen Thio, yang merupakan Rakan Kongsi Pengurus Bersama di TSMP Law Corporation, untuk memberi sokongan yang lebih besar kepada wanita yang menghadapi isu seperti gangguan.



Cik Simran Toor, peguam veteran, telah meninggalkan WongPartnership pada Mei lalu untuk menjadi Ketua Eksekutif SHE.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara) Cik Sim Ann, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling, adalah penasihat khas kepada organisasi SHE.



"SHE akan menjalankan beberapa kerja yang diterokai oleh Sunlight Alliance for Action sebelum ini tentang keselamatan dalam talian yang disasarkan kepada golongan wanita," kata Cik Sim Ann.



SheCares@SCWO sudah mengumpulkan dana sebanyak $1 juta untuk memulakan operasi pusat sokongan bantuan ini.



Seramai dua kaunselor dan kira-kira 100 peguam 'pro bono' akan bekerjasama untuk memberikan sokongan undang-undang dan menyokong mereka yang mengalami isu yang berasaskan jantina di dalam talian.



Ia ditubuhkan untuk menangani gangguan dalam talian yang dihadapi oleh wanita dan melakukannya melalui pendidikan awam, penyelidikan, perkongsian dan sokongan untuk mangsa.



"Kami ingin membantu golongan wanita di Singapura mendapatkan semula keyakinan mereka dalam talian seperti yang mereka nikmati dalam kehidupan sebenar," kongsi Cik Stefanie Yuen Thio, pengasas dan pengerusi SHE .



SHE juga sedang berusaha bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) demi memudahkan proses mangsa melaporkan tentang kandungan dalam talian yang berbahaya atau menyinggung perasaan atau gangguan seksual.



Ini memandangkan kandungan bahaya di dalam talian yang seksis dan misoginis semakin ketara.



Malah ia akan membuat golongan wanita berasa platform media sosial kurang selesa dan selamat.



Pada Mei tahun lalu, 17 asatizah tempatan menjadi mangsa satu tinjauan lucah di satu platform media sosial dengan gambar mereka disalah guna.



Justeru, SHE juga akan bekerjasama rapat dengan pelbagai platform media sosial untuk mengenal pasti bahaya dalam talian, membincangkan cara terbaik meningkatkan kesedaran awam dan mendapatkan laporan tentang trend pengguna media sosial.



Pusat sokongan bantuan itu juga akan berusaha menjadi platform yang lebih luas demi membincang isu seperti keadilan tempat kerja dan kesaksamaan, peranan wanita dan lelaki dalam rumah tangga dan juga isu yang mempengaruhi belia.



Ini termasuk isu yang dibangkitkan oleh Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



Pusat SheCares@SCWO, akan ditempatkan di SCWO di Waterloo Street.




"Kami ingin membantu golongan wanita di Singapura mendapatkan semula keyakinan mereka dalam talian seperti yang mereka nikmati dalam kehidupan sebenar."
- Cik Stefanie Yuen Thio, pengasas dan pengerusi SHE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >