Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat baru tawar latihan dalam sektor sekitaran binaan mampan

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat bersepadu yang bertujuan melatih pelajar menggunakan teknologi terkini yang berguna dalam memajukan Singapura ke arah pembangunan kemampanan dan transformasi sekitaran binaan dilancarkan baru-baru ini.



Penubuhan pusat tersebut sejajar dengan Pelan Hijau Singapura dan gerakan BuildSG.



Pusat Sekitaran Binaan Bersepadu (Ibec) baru bernilai $2.3 juta itu yang terletak di Politeknik Temasek, akan menyaksikan seramai kira-kira 2,000 pelajar - terdiri daripada mereka yang menjalani latihan sebelum pekerjaan (PET) serta pendidikan dan latihan berterusan (CET) - berlatih di sana secara tahunan.



Pelajar itu merangkumi mereka dari bidang kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi maklumat (IT).



Mengulas tentang pelancaran pusat tersebut, Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata sektor sekitaran binaan telah mengalami perubahan besar kebelakangan ini dengan tumpuan yang meningkat ke atas pendigitalan dan kemampanan demi membina dan mengurus bangunan yang bijak, cekap dan hijau.



Beliau menukil contoh di mana di bawah Pelan Induk Bangunan Hijau Singapura tahun lalu, sasaran menghijaukan 80 peratus bangunan Singapura menjelang 2030 merupakan kenaikan daripada 43 peratus pada akhir 2020.



"Penubuhan Ibec lantas datang tepat pada waktunya, dan membolehkan kita untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang genting prasarana digital, pemodelan maklumat bangunan dan sistem bangunan bijak, antara lain," kata beliau dalam ucapannya di majlis pelancaran Ibec di Politeknik Temasek.



Beliau yang turut meninjau pusat itu menambah bahawa pelajar juga dapat mengamalkan kemahiran mereka dalam sekitaran sebenar dengan berlatih menggunakan sistem pengurusan kemudahan dan teknologi di Ibec.



Antara yang meraih manfaat adalah pelajar jurusan Pengurusan Kemudahan Bersepadu di Politeknik Temasek, Cik Nur Athirah Mohd Noor, 19 tahun.



Menurutnya, beliau sebelum ini kebanyakan masanya mempelajari teori, justeru Ibec memberinya peluang berlatih secara amali.



Ini, kata pelajar tahun terakhir itu, dapat mengasah kemahirannya sebelum melangkah ke alam pekerjaan dalam industri sekitaran binaan akan datang.



"Dulu, pengurusan kemudahan tidak begitu digital, ia lebih mekanikal dan kita perlu melakukan perkara secara manual. Kini kita boleh melakukannya menerusi teknologi...justeru ia cara yang lebih cekap dan berkesan untuk menyelenggara bangunan dan operasi," tambahnya.



Diiktiraf oleh Persatuan Pengurusan Kemudahan Antarabangsa Singapura sebagai pusat penyelidikan dan latihan utama buat sektor tersebut, Ibec yang berukuran sekitar 140 meter persegi itu membolehkan pelajar meneroka pengurusan kemudahan yang bijak dan mampan.



Antara teknologi bijak di Ibec termasuk sistem keselamatan didayakan kecerdasan buatan (AI), sistem penyejuk bijak, dan sistem lif dan eskalator.



Ibec akan menjadi tempat latihan bagi pelbagai kursus pendek, kursus diploma kepakaran, serta Program Kerja-Belajar SkillsFuture.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >