Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat dialisis badan Muslim bagi pesakit pelbagai bangsa

Mar 25, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH pusat dialisis yang diuruskan pertubuhan Muslim setempat bagi para pesakit memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama, telah dilancarkan Presiden Halimah Yacob, semalam.



Pusat Dialisis Persatuan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) (MDC) yang mempunyai 13 stesen dialisis lengkap dengan peralatan terkini, mampu menampung sehingga 78 pesakit seminggu, dengan pendapatan bulanan sekeluarga tidak melebihi $2,600 sebulan.



Pusat di 21 dan 21A Norris Road itu telah mendapat lesen beroperasi pada 4 Mac lalu.



Dalam ucapannya, Puan Halimah berkata lebih banyak usaha boleh dilakukan dalam meningkatkan kesedaran ramai tentang kerosakan ginjal.



Ini termasuk langkah mendidik orang ramai mengenai pencegahan kencing manis.



"Pencegahan adalah pertahanan terbaik terhadap kencing manis.



"Di peringkat individu, kita boleh mainkan peranan dengan memberi perhatian kepada pilihan makanan kita dan memastikan kita kerap bersenam," katanya.



Ditemui selepas pelancaran itu, Puan Halimah berkata pusat dialisis tambahan seperti MDC dapat memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat daripada semua kaum dan agama.



"Tapi apa yang lebih penting lagi ialah pusat ini dapat melakukan kerja pencegahan seperti mendidik masyarakat secara umum, mengenai pentingnya menjaga kesihatan.



"Harapan saya menerusi pusat ini, kita boleh mendekati masyarakat dengan pesanan yang berkesan," katanya.



Presiden MTFA, Dr Abdul Rahim Leyman, berkata idea bagi MDC itu tercetus menyusuli satu kajian menyeluruh tentang keperluan masyarakat pada masa ini.



"Dengan jumlah pesakit kencing manis yang meningkat di Singapura, MTFA dapati rawatan dialisis bersubsidi merupakan jurang yang perlu diisi," jelasnya.



Beliau menambah pihaknya sedang menimbangkan kemungkinan membangun dua lagi pusat serupa pada masa akan datang.



Salah satu lokasi MDC selanjutnya yang sedang dipertimbangkan ialah di Darul Ihsan Lilbanat di Wan Tho Avenue yang mungkin lebih besar, katanya.



"Selain menyediakan khidmat dialisis, kami juga ingin sediakan program seperti menjaga kesihatan, pemakanan dan kecergasan fizikal selain pencegahan," katanya.



MTFA mengambil tempoh setahun bagi mendapatkan kepakaran, tenaga manusia, peralatan dan kelulusan daripada banyak agensi pemerintah bagi kegunaan MDC.



Satu lagi cabaran yang dihadapi pusat ini adalah mengekalkan bentuk dan suasana bangunan dua tingkat itu.



"Kami perlu memenuhi keperluan ketat peraturan pemuliharaan, bagi bentuk luaran dan dalaman bangunan ini yang diwariskan kepada MTFA pada 1933," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >