Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat kajian baru permudah kaji denggi, Zika

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pusat kajian baru akan bantu memerangi penyakit yang dibawa nyamuk seperti denggi dan Zika dengan menghasilkan rawatan ubatan.



Pusat Satelit J&J untuk Penemuan Kesihatan Global, satu kerjasama antara Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat farmaseutikal besar, Johnson & Johnson, telah dilancarkan semalam.



Pusat tersebut, kata Duke-NUS dalam satu kenyataan semalam, akan memberi tumpuan kepada penyakit yang disebabkan flavivirus, yang belum mempunyai sebarang rawatan.



Flavivirus - yang juga menyebabkan penyakit seperti demam Nil Barat (West Nile fever); ensefalitis bawaan kutu iaitu sejenis radang otak; dan demam kuning - menjangkiti sekitar 400 juta orang setiap tahun, kata Duke-NUS.



Menurut Duke-NUS, Asia sendiri menyumbang tiga suku daripada kes-kes jangkitan sedunia dan pemanasan bumi bermaksud berbilion lagi orang akan terkesan atau dijangkiti flavivirus.



Dengan pusat baru itu, ia diharapkan dapat menyatukan pakar-pakar dari seluruh masyarakat saintifik untuk menghasilkan penemuan dan rawatan yang disebabkan flavivirus.



Singapura telah melaporkan lebih 15,800 kes denggi tahun ini, berdasarkan angka Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) - berbanding 5,258 kes yang dicatatkan bagi keseluruhan tahun lepas.



Profesor Madya Christopher Laing, naib dekan untuk inovasi dan keusahawanan di Duke-NUS, berkata bahawa beliau yakin pusat tersebut akan mencipta penemuan baru dalam membendung ancaman daripada penyakit-penyakit itu.



"Singapura adalah sebuah hab terkemuka bagi inovasi dan kajian dan merupakan sebuah pusat ancaman denggi. Secara semula jadi, ini membuat Duke-NUS kerjasama yang sesuai dengan visi kami untuk menangani flavivirus dengan memajukan sains inovatif," jelas Dr Ruxandra Draghia-Akli, ketua pengkajian kesihatan awam global di Janssen Research & Development, di bawah naungan J&J.



Kajian di Pusat Satelit J&J untuk Penemuan Kesihatan Global sudah bermula.



Ia diketuai Professor Subhash Vasudevan, PhD, Program Penyakit Berjangkit Baru Muncul, dari Duke-NUS; serta Dr Olivia Goethals, PhD, Saintis Utama, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kesihatan Awam Global, syarikat Janssen Pharmaceutica NV.



Baru-baru ini, Duke-NUS telah bekerjasama dengan Unit Perubatan Penyiasatan SingHealth untuk mengendalikan percubaan klinikal bagi sebatian antiviral Janssen, yang bertujuan mencegah dan merawat denggi.



Di Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-5 di Singapura minggu lepas, para pengkaji mencadangkan ubat-ubat profilaksis - bagi mencegah dan mengawal penyakit - yang boleh digunakan secara berkesan bagi mencegah penularan virus denggi.



Dalam satu surat forum kepada The Straits Times baru-baru ini, Profesor Tikki Pang, bekas pengarah dasar penyelidikan dan kerjasama di Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), turut menyeru penggunaan vaksin Dengvaxia yang lebih luas bagi warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >