Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Rahayu galak lebih ramai wanita ceburi sektor berkembang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rahayu galak lebih ramai wanita ceburi sektor berkembang

Peluang terbuka luas, mereka disaran tingkat keupayaan, ikuti trend global
Mar 28, 2022 | 05:30 AM

LEBIH ramai usahawan Melayu/Islam setempat digalak menceburi sektor yang berkembang seperti kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan teknologi perubatan.

Dengan peluang luas yang ada sekarang, mereka perlu mengambil kesempatan untuk tingkatkan keupayaan serta fahami trend global.

Demikian harapan yang dilahirkan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, di acara Dewi Fiesta 2022 di Curbside Crafters di Kampong Glam semalam.

Di acara itu, Cik Rahayu sempat berbincang bersama jawatankuasa sayap wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewi@DPPMS mengenai perkembangan usahawan wanita setempat serta usaha DPPMS untuk memperkasakan usahawan wanita di dalam masyarakat.

Semasa ditemui Berita Harian (BH) semalam, Cik Rahayu berkata beliau percaya usahawan Melayu/Islam setempat boleh meraih manfaat daripada sektor-sektor baru yang kian berkembang.

"Realitinya, kita akan terjejas dengan trend-trend global ini. Oleh itu, kita perlu terus tingkat keupayaan, fahami trend yang diperlukan dan kemudian mempunyai keupayaan untuk berpindah dan menembusi sektor-sektor yang berkembang itu," ujar beliau.

Cik Rahayu turut berinteraksi bersama para peniaga di acara itu dan melahirkan rasa bangga dengan kebolehan mereka dalam memainkan pelbagai peranan sebagai wanita.

Acara dua hari anjuran Dewi@DPPMS itu bertemakan Untuk Wanita, Oleh Wanita dan bertujuan meraikan pencapaian usahawan wanita sepanjang pandemik Covid-19.

Sebanyak 23 syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan dari rumah (HBB) terdiri daripada sektor peruncitan, makanan dan minuman (F&B) dan konsultasi telah mengambil bahagian dalam fiesta itu.

Antara mereka yang meraih manfaat menerusi fiesta itu adalah Cik Siti Nurhayati Rahim, 27 tahun.

"Acara fizikal sebegini amat baik kerana kami dapat berinteraksi bersama pelanggan malah mempelajari juga bisnes-bisnes yang dikendalikan oleh wanita lain," kata peniaga Okieco itu yang memulakan bisnes puding pisang semasa pandemik.

Bagi pemilik perniagaan baju Muslimah, Bayan Singapore, Cik Norhydayah Idrus, 39 tahun, wadah itu memberikan beliau peluang untuk berinteraksi dan meraih ilmu dari peniaga lain.

"Di sini saya boleh bekerjasama dengan peniaga lain. Contohnya, kedai Bakti yang menawarkan baju-baju Melayu lelaki. Walaupun saya tidak menjual baju lelaki, tetapi kami boleh bekerjasama kerana berada dalam bidang yang sama," katanya, yang membuka perniagaannya itu bersama kakaknya, Cik Siti Suhaila Idrus, pada 2019.

Acara itu juga turut meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan mental wanita menerusi beberapa sesi ceramah. Sesi-sesi perkongsian itu juga distrim secara langsung di wadah DPPMS dan Dewi@DPPMS.

Ini adalah kali kedua acara Dewi Fiesta diadakan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3