Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Rahayu: Pekerja jagaan kesihatan perlu terbuka, buat penyesuaian

Sep 06, 2023 | 05:44 PM



Pekerja penjagaan kesihatan digalak bersikap terbuka untuk menyesuaikan diri dan memainkan pelbagai peranan, berani serta mencabar cara konvensional dalam menyediakan operasi penjagaan dan pengendalian.

Menganjurkan demikian pada Rabu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata terdapat cabaran yang akan dihadapi Singapura yang semakin menua dan juga persaingan sengit daripada negara-negara lain bagi tenaga kerja penjagaan kesihatan yang terbatas.

Walaupun sumber tenaga pekerja kesihatan terhad, beliau berkata Singapura boleh menyediakan penjagaan kesihatan yang bermutu untuk rakyat Singapura jika sektor tersebut terus menyesuaikan diri.

“Ini termasuk meningkatkan kemahiran bagi memenuhi pelbagai keperluan pesakit yang semakin kompleks atau belajar bekerja secara bersepadu dan cekap dengan pekerja-pekerja penjagaan kesihatan warga asing,” kata Cik Rahayu di Majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Kerja Penjagaan Masyarakat.

Lebih 140 individu menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat (CCMDA), dan 378 individu dan pasukan peningkatan menerima Anugerah Kecemerlangan Penjagaan Masyarakat (CCEA) di Pusat Konvensyen Suntec City.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua majlis penyampaian anugerah itu digabungkan.

CCMDA diwujudkan oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bagi mengiktiraf kecemerlangan dan komitmen kakitangan penjagaan masyarakat serta menyokong mereka untuk melanjutkan pelajaran dan mengembangkan kerjaya mereka.

Sejak CCMDA dilancarkan pada 2017, 808 individu telah menerima anugerah tersebut.

Antara penerima anugerah tersebut pada tahun ini ialah Encik Jonathan Ee, 25 tahun.

Meskipun mempunyai latar belakang dalam bidang Sains Farmaseutikal, Encik Ee memutuskan meneroka bidang fisioterapi kerana ingin lebih terlibat dalam proses penjagaan dan pemulihan pesakit.

Beliau kini mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang fisioterapi di Institut Teknologi Singapura.

Anugerah itu menghargai sumbangan kakitangan dalam khidmat cemerlang dan projek penambahbaikan dalam mutu klinikal, pengalaman pesakit, produktiviti dan pendigitalan.

Sejak ditubuhkan pada 2014, 2,248 pertubuhan dan kakitangan penjagaan masyarakat contoh telah menerima anugerah tersebut.

Cik Rahayu berkata, satu contoh projek inovatif adalah penciptaan minuman berperisa yang rendah gula oleh pasukan Hospital St. Luke. Minuman itu telah meningkatkan lebih 50 peratus pengambilan cecair dalam kalangan pesakit yang dapat mencegah kondisi dehidrasi.

“Kami harap yang lebih banyak pertubuhan penjagaan masyarakat memanfaatkan kedua-dua anugerah CCMDA dan CCEA untuk menambah kemahiran profesional dan piawaian tenaga kerja, serta merangsang kecemerlangan perkhidmatan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >