Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rahsia di balik mi racun

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



PENGUNJUNG yang sering ke pasar Geylang Serai pasti mengenali kedai Pak Din Ayam Bakar.



Kedai itu menawarkan hidangan nasi ayam bakar di pasar itu sejak 1970an.



Namun, kedai itu bukan hanya terkenal dengan makanan itu saja, ramai juga menggemari hidangan khasnya, mi racun.



Hanya dijual di bazar dan acara besar-besaran, pemilik Pak Din Ayam Bakar, Encik Osman Sudin berkata mi racun diperkenalkan setelah beliau mendapat inspirasi dari Malaysia.



"Ada satu hari saya nampak mi racun di sana.



"Jadi apabila saya membawanya balik ke Singapura, isteri saya rasa dan terus mencuba untuk meniru resipi serta memperbaikinya untuk mengikuti tekak orang Melayu kita di sini.



"Hidangan ini sebenarnya sama saja dengan mi bandung tetapi ia lebih pedas dan mempunyai daging tulang. Tulang itulah yang membuatnya "racun" kerana ia kurang menyihatkan," kata Encik Osman yang berusia 52 tahun.



Berkongsi pengalamannya berniaga di bazar Geylang Serai, Encik Osman berkata sambutan untuk hidangan khas ini amat baik.



Ketika berniaga di kawasan Panggung Wayang Singapura yang kini sudah dirobohkan, beliau berkata pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli makanan itu.



"Saya ingat lagi, memang ramai sangat yang beratur untuk beli mi racun.



"Hari-hari, barisan itu sama saja. Tidak kiralah hujan ke, panas ke, ribut ke, orang Melayu kita tetap beratur untuk membeli makanan saya.



"Sampai gerai kita banjir pun masih ramai yang beratur untuk mendapatkan makanan saya," selorohnya.



Setelah berniaga di pasar Geylang Serai sejak tahun 70an, bapa kepada tiga orang anak itu berkata beliau bercita-cita untuk membuka sebuah restoran baru dengan menggunakan nama bapanya.



"Dulu kedai yang saya ada ini diberi nama 'Tradisi' tetapi selepas bapa saya meninggal, saya tukarkan nama kedai ini ke Pak Din untuk memperingatinya.



"Untuk terus menaikkan namanya lagi, saya bercita-cita untuk membuka restoran dengan namanya pula.



"Dengan sokongan dan dorongan keluarga saya, insya-Allah ia akan menjadi kenyataan," katanya, penuh harapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >