Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Rai pencapaian guru pendidikan awal kanak-kanak

Pupuk minat hasil pantauan
Jan 07, 2022 | 05:30 AM



Seramai 23 karyawan dalam bidang kehidupan awal kanak-kanak (EC) dan campur tangan awal (EI) serta pusat kendalian diberi pengiktirafan dengan Anugerah Kecemerlangan dalam Pembangunan Awal Kanak-Kanak oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda). Anugerah tersebut disampaikan dalam majlis penyampaian kesembilan yang dijalankan secara maya baru-baru ini. Sejak 2013, majlis tahunan itu meraikan pencapaian pendidik dan pusat EC yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, serta amalan inovatif. BERITA HARIAN meninjau antara dua pemenang anugerah itu.




SEMASA kali pertama bertemu dengan seorang anak muridnya yang berasal dari China, guru prasekolah, Cik Nur'Aqilah Abdul Malek, mendapati budak lelaki itu tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris langsung dan berkomunikasi hanya dalam bahasa Mandarin.



Cik Nur' Aqilah lantas memerhatikan muridnya itu dan memikirkan cara untuk membantunya. Beliau mendapati anak berusia dua tahun itu amat minat dengan mainan bola.



Berbekalkan pengamatannya, Cik Nur' Aqilah, 31 tahun, dengan perlahan-lahan mula berinteraksi dengannya untuk membina kemahirannya dalam bahasa Inggeris.



"Setiap kali dia cuba berkata sesuatu dalam bahasa Mandarin, saya akan mengulanginya dalam bahasa Inggeris, dan saya akan pastikan dia mengulanginya juga.



"Jadi, murid ini bersama saya selama setahun saja kerana dia perlu pulang ke negaranya selepas itu. Tetapi, selepas setahun itu, dia dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih sekali," singkap Cik Nur' Aqilah.



Itulah antara cara kreatif yang digunakan Cik Nur' Aqilah, seorang guru bahasa Inggeris di prasekolah Little Skool-House (On-The-Green) di Orchid Country Club, dalam mendekati muridnya dan mengajar secara interaktif.



Strategi itu melibatkan beliau memerhatikan dan mengenal pasti apakah keperluan dan minat murid-murid dan kemudian, melakarkan kegiatan khusus bagi seluruh kelas berdasarkan minat mereka.



Ini sekali gus membuat kanak-kanak itu lebih berminat dan ghairah mahu belajar di dalam kelas.



"Contohnya, apabila kita berjalan-jalan di luar sebelum pandemik ini, kita akan lihat banyak serangga seperti pepatung atau ulat bulu, dan murid-murid akan katakan 'wah, ini sungguh menarik' dan mereka akan tunjukkan pepatung atau ulat bulu itu.



"Dari situ, kita akan perhatikan mereka dan lihat sama ada mereka benar-benar minat dan kemudian kami akan mula rancang bahan pengajaran dalam pelbagai bidang, daripada kegiatan jasmani hingga ke kelas bahasa, celik angka, kemahiran sosial dan sebagainya," kata beliau.



Usaha gigih Cik Nur' Aqilah itu amat berbaloi. Baru-baru ini, beliau menerima Anugerah Pendidik Pembangunan Awal Kanak-Kanak Cemerlang di majlis Anugerah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).



Anugerah itu mengiktiraf pencapaian pendidik, guru, karyawan campur tangan awal, pemimpin dan pusat yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran serta amalan inovatif dalam sektor pembangunan awal kanak-kanak.



"Saya rasa amat berbesar hati dan sejujurnya, saya tidak sangka akan menerima anugerah ini… Dengan anugerah ini, saya berharap dapat menjadi mentor dan contoh yang lebih baik kepada guru lain dan berkongsi panduan bersama mereka," kata beliau, yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam sektor itu.



Cik Nur' Aqilah berkata seorang pendidik prasekolah memainkan peranan penting sekali dalam pembangunan awal kanak-kanak, dengan setiap pendidik mesti mempunyai asas kukuh bukan hanya dalam ilmu pengajaran dan pembelajaran, bahkan kerjasama dengan ibu bapa.



Malah, melalui Zoom semasa pandemik ini, beliau mengadakan kegiatan yang mengajak ibu bapa sama-sama melakukan kegiatan dengan anak mereka, seperti membuat kraf berbentuk serangga dan mengundang pakar serangga untuk berkongsi lanjut tentang topik itu.



Dengan kemenangannya itu, Cik Nur' Aqilah berharap dapat memberi inspirasi kepada pendidik lain dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang tugas dan cabaran seorang pendidik prasekolah.



"Dalam lima tahun mendatang ini, saya berharap menjadi suara bagi pendidik baru dan saya mahu menjadi mentor kepada generasi pendidik pembangunan awal kanak-kanak yang seterusnya dan menunjukkan meskipun ia tidak mudah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya," kata beliau.




PENERIMA ANUGERAH PENDIDIK PEMBANGUNAN AWAL KANAK-KANAK CEMERLANG



"... apabila kita berjalan-jalan di luar sebelum pandemik ini, kita akan lihat banyak serangga seperti pepatung atau ulat bulu, dan murid-murid akan katakan 'wah, ini sungguh menarik' dan mereka akan tunjukkan pepatung atau ulat bulu itu.

Dari situ, kita akan perhatikan mereka dan lihat sama ada mereka benar-benar minat dan kemudian kami akan mula rancang bahan pengajaran dalam pelbagai bidang, daripada kegiatan jasmani hingga ke kelas bahasa, celik angka, kemahiran sosial dan sebagainya."

- Guru prasekolah, Cik Nur'Aqilah Abdul Malek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >