Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Raih Anugerah Guru Awal Kanak-Kanak Harapan

Nyalarasa didik anak kecil yang berputik sejak remaja berbaloi
Nov 28, 2021 | 05:30 AM



SEJAK remaja lagi, beliau sudah mula memikirkan tentang masa depannya dan sering ingin mencuba sesuatu yang baru.



Sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', gadis berusia 17 tahun ini ketika itu cuba menjadi guru tadika gantian.



Selama tiga bulan beliau mula menyemai minat serta memupuk semangat untuk mendidik anak-anak kecil.



Kini, Cik Sabirah Mohamed Idris, 32 tahun, merupakan ketua pusat di NTUC First Campus' My First Skool @80 Marine Parade Road.



Cik Sabirah, baru-baru ini, menerima Anugerah Guru Awal Kanak-Kanak Harapan yang merupakan sebahagian Anugerah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) 2021.



Berminat bekerja dan menawarkan khidmat kepada ramai orang, Cik Sabirah berkata semasa remaja beliau sering giat dengan kerja sukarela di sekolah.



"Semasa saya menjadi sukarelawan sebagai ketua pelajar dan sebahagian daripada kumpulan seragam di sekolah dulu, saya banyak bekerjasama dengan orang daripada golongan usia berlainan. Tetapi ketika itu, saya tidak berpeluang bekerjasama dengan kanak-kanak.



"Apabila mendapat peluang melakukannya di tempat kerja rakan saya sebelum ini, saya pun menggunakan kesempatan itu dengan menimba pengalaman," katanya.



Mempunyai pengalaman yang menarik, Cik Sabirah berkata beliau tergerak untuk memahami sektor tersebut dengan lebih mendalam setelah menerima keputusan peperiksaan GCE 'O'.



Dengan itu, beliau memilih terus bekerja di tadika yang sama selama hampir setahun sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang pendidikan kanak-kanak.



Mengulas mengenai kerjayanya sebagai pendidik kanak-kanak selama 15 tahun, Cik Sabirah berkata ia merupakan keputusan terbaik beliau pernah lakukan dalam hidupnya.



Bermula sabagai seorang guru, kini ketua pusat itu menyelia seramai 12 orang guru sepenuh masa, tiga orang guru pelatih serta penolong pengetua dan seramai 126 kanak-kanak.



Namun, beliau menjelaskan bahawa perjalanannya bukan mudah kerana beliau memulakan kerjayanya pada usia yang muda lagi.



"Selain daripada menyediakan kurikulum untuk kanak-kanak, saya rasa sesuatu yang mencabar adalah cara mendekati ibu bapa mereka kerana ia agak menggerunkan kerana saya harus keluar daripada zon keselesaan saya," katanya sambil ketawa.



"Kadangkala, ada ibu bapa yang saya temui menanyakan 'Awak ni muda lagi betul ke awak seorang guru?'



"Tetapi saya selalu berfikir positif dan terus melakukan tugasan saya seperti biasa dan berkongsi mengenai perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas.



"Dari situ, mereka mula yakin dan percaya bahawa saya mempunyai kebolehan menjaga dan mendidik anak-anak mereka," ujar beliau yang yang merupakan lulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak di Politeknik Temasek.



Sebagai seorang guru, anak sulung empat beradik itu sering meraikan kejayaan kecil.



Menceritakan mengenai salah seorang pelajarnya, Cik Sabirah berkata beliau pernah mempunyai seorang pelajar yang tidak bercakap sepatah pun semasa dia kali pertama berdaftar di pusat itu.



Tidak mudah berputus asa, Cik Sabirah menggalakkan gurunya agar terus cuba menarik minat pelajar itu dalam perbualan setiap hari dan kerap berhubung bersama gurunya untuk memantau perkembangan budak itu.



"Ada kanak-kanak mungkin tidak selesa ataupun tidak biasa bergaul dengan orang ramai.



"Jadi, kita harus menggunakan strategi yang berlainan. Contohnya, mulakan dengan memperkenal mereka kepada kumpulan yang kecil dan apabila mereka lebih selesa, ketengahkan mereka kepada kumpulan lebih besar.



"Kita seharusnya mempunyai jangkaan lebih rendah dan mengikuti kebolehan anak tersebut," jelasnya.



Selepas beberapa bulan, bimbingan Cik Sabirah dan usaha gurunya membuahkan hasil apabila pelajar tersebut secara proaktif memanggil gurunya.



Menerima anugerahnya sebagai batu loncatan, Cik Sabirah berharap usahanya dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak dapat terus memberi inspirasi kepada guru-guru lain.



"Bagaimana mentor saya gembira melihat prestasi saya, saya juga mahu perkara yang sama buat guru saya.



"Ini supaya suatu hari nanti apabila guru-guru saya keluar dan menjadi pemimpin pula, mereka akan dapat terus berkongsi apa yang telah mereka pelajari kepada pendidik lain pada masa hadapan," katanya.




"Selain daripada menyediakan kurikulum untuk kanak-kanak, saya rasa sesuatu yang mencabar adalah cara mendekati ibu bapa mereka kerana ia agak menggerunkan kerana saya harus keluar daripada zon keselesaan saya.

Kadangkala, ada ibu bapa yang saya temui menanyakan 'Awak ni muda lagi betul ke awak seorang guru?'

Tetapi saya selalu berfikir positif dan terus melakukan tugasan saya seperti biasa dan berkongsi mengenai perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas.

Dari situ, mereka mula yakin dan percaya bahawa saya mempunyai kebolehan menjaga dan mendidik anak-anak mereka."

- Cik Sabirah Mohamed Idris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >