Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raih kepujian Sains Biologi walau pernah gagal masuk jurusan idaman NTU

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



MIKROSKOP yang diberi ibunya ketika kecil telah mendorong minat beliau dalam pembelajaran Sains.



Malah, sebagai seorang kanak-kanak, Encik Muhammad Farouq Azizan, sering mula bertanya dan mahu mengetahui bagaimana sesuatu perkara terjadi.



Kini, pada usia 26 tahun, beliau bukan sekadar selesai menamatkan pengajian dalam Sains Biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), bahkan berjaya meraih Kepujian Kecemerlangan Tertinggi.



Meski sudah mengetahui cita-citanya sejak kecil lagi, perjalanan Encik Farouq untuk mengambil jurusan itu di NTU berhadapan pelbagai onak dan duri.



Pada mulanya, beliau mendapat keputusan E8 bagi subjek Biologi dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'.



"Saya ingin memasuki maktab rendah kerana bagi saya, mudah untuk saya ke universiti setelah itu.



"Namun, saya hanya berjaya memasuki politeknik dan mengambil jurusan Sains Bioperubatan," ceritanya yang memperolehi diploma dengan merit dari Politeknik Republik (RP).



Setelah itu, permohonannya bagi ke NTU pula ditolak.



Enggan berputus asa, beliau membuat rayuan bagi mengambil jurusan yang diingini.



Usahanya itu akhirnya berjaya.



"Perjalanan saya di NTU juga tidak mudah.



"Jurusan yang saya ambil ini memerlukan masa dan tenaga yang banyak.



"Kadangkala saya perlu berada di sekolah sehingga larut malam atau ke sana pada hujung minggu bagi melakukan beberapa eksperimen," kata beliau.



Walaupun telah melalui pelbagai cabaran, Encik Farouq tidak menyesali perjalanan yang dilalui.



Sepanjang laluan memburu ijazah, beliau menerima banyak sokongan daripada orang sekeliling.



"Ibu serta tunang saya banyak membantu dari segi moral dan lain-lain.



"Ibu saya akan bertanya hidangan apa yang saya ingini pada hari itu.



"Selepas seharian di sekolah, mendapat makanan ibu amat bermakna bagi saya," ujar Encik Farouq.



"Tunang saya pula membantu mengajar saya dalam pelajaran memandangkan beliau juga mengambil bidang yang sama," tambah beliau.



Semasa pengajiannya di NTU, Encik Farouq turut berpeluang menyelesaikan projek tahun akhirnya dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star).



Selama empat bulan, beliau berpeluang menjalankan beberapa eksperimen di sana.



Kini, Encik Farouq sedang memohon biasiswa bagi ijazah Doktor Falsafah (PhD) di NTU dan berhasrat menjadi seorang penyelidik atau pensyarah dalam bidang Sains.



"Adalah penting untuk tidak berputus asa dan tetap berusaha.



"Jika anda menghadapi cabaran seperti tidak mendapat markah yang diingini, sentiasa ingat bahawa kegagalan itu akan menjadi batu loncatan buat anda menuju kejayaan," ujar beliau buat mereka yang pernah melalui kegagalan sepertinya.




"Adalah penting untuk tidak berputus asa dan tetap berusaha. Jika anda menghadapi cabaran seperti tidak mendapat markah yang diingini, sentiasa ingat bahawa kegagalan itu akan menjadi batu loncatan buat anda menuju kejayaan."
- Encik Muhammad Farouq Azizan, yang pernah memperolehi E8 dalam Biologi bagi GCE peringkat 'O' dan permohonan awal memasuki NTU pernah ditolak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >