Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Raja Bunga' ikon bazar Ramadan meninggal

Allahyarham Mohamad Arshad alami serangan jantung, dijumpai tidak sedar diri di kolong blok rumah
Nov 29, 2020 | 05:30 AM



PENIAGA bunga ikon bazar Ramadan Geylang Serai yang diberi julukan 'Raja Bunga' telah meninggal dunia.



Allahyarham Mohamad Arshad Mohd Yaqoob, yang lebih dikenali sebagai pemilik gerai Bunga Kembang Malam, menghembuskan nafasnya yang terakhir Rabu lalu.



Menurut anak kedua Allahyarham, Encik Mohamed Firdaus, ayahnya, 64 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung dan dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri di kolong blok rumahnya di Tampines. Allahyarham pernah menjalani pembedahan jantung 10 tahun lalu.



Pemergian Allahyarham mengejutkan keluarga dan saudara-maranya.



"Kami tidak tahu apa yang terjadi. Bapa saya didapati tidak sedar apabila ditemui oleh orang awam yang kami tidak kenali, yang sedang berjalan di bawah blok kami," ujar Encik Firdaus, 38 tahun.



Allahyarham meninggalkan seorang isteri, sembilan anak dan 20 cucu.



Allayarham mula menjual bunga di Geylang Serai pada awal 1998.



Hampir setiap Ramadan, beliau dapat dilihat di bazar Ramadan, duduk di sebuah kerusi tinggi bertemankan pembesar suara dan bunga jualannya di tangan, hingga menjadi ikon bulan puasa.



Kali terakhir Allahyarham menjual bunga ialah pada Ramadan tahun lalu.



Encik Firdaus menyifatkan ayahnya sebagai pemurah, dan berkata Allahyarham akan dirindui ramai.



"Bapa saya adalah seorang pemurah dan penyayang, lebih-lebih lagi terhadap keluarganya. Bagi saya, beliau merupakan contoh yang baik bukan bagi anak-anaknya sahaja, malah cucu-cucunya.



"Kami akan rindukan kehadiran beliau di rumah, bermain bersama cucu-cucu, dan sifat beliau yang selalu meriahkan suasana di rumah dan di mana saja beliau berada," ujar Encik Firdaus.



Walaupun ahli keluarganya tidak bersama semasa Allahyarham menghembus nafas terakhir, Encik Firdaus berkata ramai saudara-mara dan sahabat handai menziarahi keluarga beliau.



Pemilik EnNiche Events, Encik Mohamed Mustaffa Shah, yang pernah bekerja bersama Allahyarham, berkata beliau sedih akan pemergiannya.



"Saya mengenali beliau secara peribadi selama dua tahun ketika bulan Ramadan.



"Beliau seorang lelaki yang sangat rajin bekerja dan disenangi ramai orang. Saya akan merindui sikapnya yang suka memberi motivasi kepada orang lain dan meluangkan masa untuk kawan-kawan, dan peluang berbual bersamanya," ujar Encik Mustaffa.




"Bapa saya adalah seorang pemurah dan penyayang, lebih-lebih lagi terhadap keluarganya. Bagi saya, beliau merupakan contoh yang baik bukan bagi anak-anaknya sahaja, malah cucu-cucunya. Kami akan rindukan kehadiran beliau di rumah, bermain bersama cucu-cucu, dan sifat beliau yang selalu meriahkan suasana di rumah dan di mana saja beliau berada."
- Encik Mohamed Firdaus, anak kedua Allahyarham Mohamad Arshad Mohd Yaqoob, pemilik gerai Bunga Kembang Malam di bazar Ramadan Geylang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >