Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja baru bentuk pengalaman bermutu bagi relawan

May 29, 2023 | 05:39 PM



AGENSI perkhidmatan sosial (SSA) kini boleh pertimbangkan saranan yang dapat luaskan pengalaman selain mendekati dan mengekalkan sukarelawan dengan lebih baik hasil kajian bersama Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Berkongsi hasil kajian itu dalam ucapannya di Siri Kepimpinan Pengurusan Sukarelawan NCSS, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata SSA kini menawarkan langkah yang boleh dipraktik dan dilaksana dalam usaha mendekati dan mengekalkan para relawan.

Menurutnya, Pusat Inovasi Sosial Lien SMU, bekerjasama dengan NCSS bagi menjalankan kajian pengalaman sukarelawan yang julung kali dilakukan.

“Kajian itu bertujuan memahami pandangan para sukarelawan dan pengurus relawan dalam sektor tersebut, dan menawarkan saranan tentang bagaimana untuk meluaskan pengalaman sukarelawan agar dapat mendekati dan mengekalkan para sukarelawan dengan lebih baik.

“Sebagai contoh, kajian itu mengenal pasti sebab utama yang mendorong individu untuk melakukan kerja-kerja sukarela.

“Ramai terus lakukan kerja-kerja sukarela kerana mereka sehaluan dengan apa yang menjadi pegangan pertubuhan itu dan kerana perbezaan yang mereka lalui menerusi kerja sukarela,” katanya.

Encik Masagos berkata, pertubuhan boleh berkomunikasi secara lebih baik dengan para sukarelawan untuk berkongsi kesan yang ditinggalkan para sukarelawan itu kepada masyarakat.

Kajian yang diberi nama Mengubah Pengalaman Sukarela dalam Sektor Perkhidmatan Sosial itu mendapati para relawan mempunyai sumber, tanggungjawab dan motivasi berlainan dalam peringkat kehidupan yang berbeza.

Hasil dapatannya membantu SSA melaksanakan strategi Kenali Sukarelawan Anda (KYV) dan mendukung strategi pertubuhan yang tertumpu kepada sukarelawan.

Encik Masagos menambah, para sukarelawan membawa bersama mereka set kemahiran unik selain tenaga mereka, sementara SSA mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan masyarakat yang mendapat khidmat daripada mereka selain memahami keperluan dalam kalangan masyarakat.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya mereka bekerjasama bagi memastikan kesan yang bermakna dan berkekalan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCSS, Cik Tan Li San, dalam kenyataannya berkata:

“Para sukarelawan menambah kapasiti tenaga kerja dalam sektor bukan meraih untung.

“Kajian pengalaman sukarelawan ini, yang menawarkan kolaborasi antara NCSS dengan SMU, menawarkan kami data dan penjelasan mendalam yang berguna tentang apa yang mendorong pelbagai kumpulan berbeza sukarelawan.

“NCSS kemudian akan dapat membaiki penyaluran kerja kami dengan pertubuhan bukan meraih untung untuk memperkukuh amalan pengurusan sukarelawan, memastikan sukarelawan untuk menyokong mereka yang memerlukan secara lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >