Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian baru bagi usahawan wanita SG ditubuhkan

Matlamat termasuk hubungkan mereka dengan pemimpin niaga wanita lain, badan dagangan Asia Pasifik
Sep 22, 2021 | 05:30 AM



USAHAWAN wanita kini berpeluang mendapatkan bantuan serta sokongan khusus melalui satu rangkaian baru yang dilancarkan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam.



Rangkaian Usahawan Wanita Singapura (SG-WEN) itu bertujuan mengumpulkan usahawan wanita di sini dan menghubungkan mereka dengan usahawan dan pemimpin perniagaan wanita lain serta persatuan perdagangan di Asia Pasifik, terutama negara Asean.



Antara tanggungjawab utama rangkaian itu ialah mewakili Singapura di Rangkaian Usahawan Wanita Asean (Awen), iaitu rangkaian usahawan dan persatuan perniagaan wanita serantau.



Antara empat bidang sokongan yang bakal diberi tumpuan ialah dalam memperjuangkan keperluan wanita dalam menjalankan perniagaan wanita dengan mewujudkan kerjasama dengan pegawai pemerintah serta melalui hasil tinjauan yang dijalankan.



Ia juga bertujuan berkongsi pengetahuan dan maklumat melalui dialog 'fireside chats' yang dianjurkan untuk merangsang transformasi dan perkembangan wanita dalam perniagaan.



Selain itu, rangkaian tersebut akan mendorong kerjasama antara kumpulan wanita lain di Singapura, termasuk persatuan perdagangan dan dewan perniagaan tempatan dan luar negara dan pada masa sama mengiktiraf kerja kerja serta pencapaian usahawan wanita.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, menghadiri pelancaran semalam sebagai tetamu terhormat dan merupakan salah seorang panelis 'fireside chat' pertama yang diadakan SG-WEN semalam.



Panelis lain terdiri daripada pengasas bersama Love Bonito, Cik Rachel Lim dan Rakan Kongsi Pengurusan GGV Capital, Cik Jenny Lee.



Bertemu media selepas acara itu, Cik Low berkata penubuhan rangkaian itu dapat membantu mengembangkan lagi keupayaan usahawan wanita di sini, terutama dengan pendedahan kepada rangkaian peniaga Asia Pasifik.



"Ini akan memberi peluang kepada usahawan wanita di sini untuk memberi sokongan kepada satu sama lain, dan memberi bimbingan kepada wanita bercita-cita membuka perniagaan melalui rangkaian rasmi dan tidak rasmi.



"Memandang ke hadapan, saya berharap ini akan memperkasa lebih ramai wanita di sini untuk kekal terhubung dan bekerjasama serta berinovasi bersama demi manfaat masyarakat dan juga ekonomi," kata Cik Low.



Antara tumpuan utama rangkaian itu ialah memastikan lebih ramai usahawan wanita menjadi anggota SG-WEN, menurut pengerusinya Cik Rachel Eng, pengarah urusan Eng and Co, dalam satu sidang media sebelum pelancaran itu.



"Antara isu menjadi keprihatinan kami ialah melihat apakah berlaku sikap berat sebelah yang tidak disengajakan yang menjejas peniaga wanita," ujarnya.



Selain Cik Ng, anggota jawatankuasa lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Klareco Communications, Cik Ang Shih-Huei; pengarah rundingan Integral Solutions (Asia), Cik Irene Boey; pengerusi merangkap CEO JR Group, Cik Jocelyn Chng; dan pengarah pengurusan yang juga pengasas bersama Synagie, Cik Olive Tai.



Ushawan wanita dan pemilik generasi ketiga Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman, berkata rangkaian itu penting untuk mendedahkan mereka kepada pengalaman wanita lain dalam perniagaan demi memperkasa dan membina daya tahan mereka.



Beliau, yang juga anggota jawatankuasa kecil SG-WEN, akur perkongsian dan pengajaran daripada usahawan lebih berpengalaman cukup penting dalam perjalanannya menjalankan perniagaan sate yang diwarisi daripada ibu bapa mertuanya itu.



"Salah satu cabaran bagi wanita dalam dunia perniagaan ialah memastikan orang lain memandang serius pencapaian mereka. Ini sesuatu yang saya hadapi juga.



"Pada pendapat saya, perkongsian antara usahawan wanita melalui rangkaian ini penting untuk membantu kami sama-sama mencari jalan terbaik menangani isu yang kami hadapi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >