Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAZIN PELAJAR SEKOLAH SENI SINGAPURA (SOTA)

Pendedahan awal pada seni bantu pelajar keperluan khas capai kejayaan

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN didiagnos dengan dispraksia pada usia sembilan tahun, ia tidak menghambat minatnya dalam bidang seni, khususnya teater.



Razin Sirhan, kini 19 tahun, mendapati dirinya mengalami dispraksia, sejenis gangguan perkembangan koordinasi motor yang menyebabkan otak seseorang sukar memproses signal perintah pergerakan.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini, anak bongsu dua beradik itu berkata pendedahannya kepada bidang seni sejak berusia empat tahun telah membantu dirinya menangani diagnosis tersebut.



"Semasa kelas seni yang ibu bapa saya daftarkan sejak kecil, saya rasa saya dapat meluahkan perasaan dan boleh berkelakuan sejujurnya sebagai diri saya."



"Dispraksia menjejas koordinasi saya dan kemahiran motor halus, di samping kesedaran ruang visual.



"Saya akhirnya membina kesedaran dan koordinasi ruang visual melalui teater. Misalnya, semasa membuat persembahan, saya belajar memberi tumpuan kepada satu sudut visual supaya saya tahu di mana saya berada dan siapa penonton saya," kongsi pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) yang telah mengikuti bidang seni dalam Program Berkaitan Kerjaya Baccalaureate Antarabangsa (IBCP).



Beliau merupakan antara 164 pelajar dari Sota yang telah menduduki peperiksaan itu November lalu dan telah mengambil keputusan IB mereka semalam.



Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan institusi tersebut, Sota meraih kadar kelulusan 100 peratus bagi kedua-dua IBCP dan Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP).



Pelajar IBDP Sota meraih markah purata 39.7 mata dengan satu daripada setiap dua pelajar meraih markah 40 mata ke atas.



Markah penuh IB ialah 45.



Mengulas mengenai hasil keputusan peperiksaan Sota, pengetuanya, Cik Mary Seah, berkata:



"Sepanjang enam tahun yang lalu, kami berasa bangga melihat individu berkembang menjadi lebih yakin, bertimbang rasa dan berfikir secara kritikal.



"Ramai daripada mereka, didorong oleh semangat seni, digalakkan untuk meneroka persimpangan seni serta akademik.



"Bagi sesetengah pelajar, perjalanan IB amat mencabar. Kami memuji ketabahan dan kesungguhan mereka dalam meneyelesaikan pengajian pembelajaran walaupun menghadapi pelbagai cabaran."



Razin, yang tidak mudah putus asa, telah meraih keputusan yang memuaskan dan berharap untuk mendapat peluang menuntut di universiti di Melbourne, Australia, Victoria State of the Arts (VCA).



"Selepas menjalani Perkhidmatan Negara, saya harap saya dapat menceburi bidang seni dengan lebih mendalam dan VCA dapat menawarkan pelbagai kemahiran dalam bidang seni," ujar beliau.



Mengulas mengenai perjalanannya di Sota, Razin berkata beliau berterima kasih dengan sokongan guru serta rakan-rakan di Sota yang sentiasa membantunya dalam menyesuaikan diri di sekolah.



Antara lain, beliau bersyukur ibu bapanya, Encik Sirhan Ahmadiah, 53 tahun, dan Cik Yurni Said, 48 tahun, juga amat menyokong minatnya dalam seni dan tidak pernah menghalang beliau daripada menceburi bidang seni.



"Seni memberikan saya kebebasan dan sentiasa menjadi inspirasi untuk terus ke hadapan. Saya bersyukur, kedua ibu bapa saya dapat melihat potensi dan minat saya dalam bidang ini terus menyokong," kata Razin.



"Sota telah membantu saya mengembangkan pemahaman asas mengenai lakonan. Saya rasa ini suatu kemahiran yang tidak akan dicapai jika menjalani sekolah menengah biasa.



"Saya percaya setiap individu boleh cuba menceburi bidang seni, tidak kira anda mempunyai keperluan khas atau tidak. Seni telah menjadi ruang yang selamat bagi saya dan saya harapkan yang sama bagi individu lain," nasihat Razin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >