Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rebut peluang belajar bahasa Jerman melalui program perintis

120 pelajar belajar bahasa Jerman, Perancis di bawah Program Bahasa Ketiga Modular MOE yang bermula Julai
Aug 30, 2023 | 03:37 PM



Selepas berkenalan dengan beberapa rakan Jerman melalui permainan dalam talian di platform Discord, Faiqah Hutami Nastiti Ridzuan, 14 tahun, mula rapat dengan dua pelajar Jerman yang tinggal di Singapura.

Namun, Faiqah berasa agak tersisih apabila dua rakannya itu mula berbual dalam bahasa Jerman.

Itu mencetuskan hasratnya untuk memahami bahasa dan budaya Jerman.

Oleh itu, apabila Sekolah Menengah Peicai – salah satu daripada 21 sekolah menengah yang mempunyai Program Bahasa Ketiga Modular perintis – membuka pendaftaran bagi program itu, Faiqah terus merebut peluang tersebut.

Dia salah seorang daripada 120 pelajar yang menyertai program itu, yang dimulakan pada Julai. Seramai 60 daripada mereka belajar bahasa Jerman dan 60 belajar bahasa Perancis, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan.

Program itu dirintis di sekolah oleh MOE agar lebih ramai pelajar sekolah menengah seperti Faiqah boleh mempelajari bahasa baru dan mengenali budaya lain.

“Saya suka kelas ini kerana dapat berjumpa orang yang mempunyai minat yang sama untuk belajar bahasa Jerman. Sungguh menakjubkan dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dari sekolah dan latar belakang lain” ujar Faiqah.

Interaksi itu menjadi daya penarik dalam pembelajarannya kerana dia dapat memperkuat kemahiran bahasanya dengan cara yang bermakna dan lebih menyeronokkan.

Faiqah ingin mencapai sijil pengiktirafan antarabangsa dalam penguasaan bahasa Jerman.

Sebelumnya, Program Bahasa Ketiga menawarkan bahasa ketiga sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah.

Namun, di bawah program baru yang dijalankan dengan kerjasama Alliance Française de Singapore dan Goethe-Institut Singapore itu, pelajar boleh meneruskan pembelajaran bahasa ketiga dan budaya dengan lebih fleksibel.

Mereka dapat mendalami penguasaan bahasa pada tahap kecekapan berbeza, membina kecekapan mereka, dan mengumpulkan modul untuk mencapai sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Melalui modul lapan minggu yang dijalankan sepanjang tahun penggal persekolahan itu, pelajar boleh berhenti dan sambung pembelajaran mereka secara fleksibel agar lebih sesuai dengan jadual dan paras minat mereka.

Berdasarkan maklum balas pelajar yang positif dan menggalakkan mengenai program perintis itu, MOE akan melihat cara terbaik melanjutkan program tersebut kepada lebih ramai pelajar, sekolah, dan bahasa lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >