Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan bersihkan rumah wanita alami isu sorok

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



BELIAU tinggal seorang diri di flat tiga bilik-nya sejak tujuh tahun lalu, setelah ibunya meninggal dunia pada 2014.



Wanita berusia 20-an tahun itu, yang tinggal Bukit Panjang dan tidak ingin memberi namanya, menghidapi skizofrenia dan tidak mempunyai adik-beradik atau ahli keluarga lain untuk menjaganya.



Dek tidak berupaya menjaga dirinya sendiri, sampah dan sisa makanan terkumpul di rumahnya sejak dua tahun lalu hingga bau makan basi mengganggu penduduk lain.



Semalam, lebih 25 relawan Persatuan Rakyat (PA), anggota akar umbi dan rakan masyarakat menghabiskan masa sekitar empat jam membantu membersihkan rumah beliau, di Pending Road.



Menurut pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 6 Bukit Panjang, Encik Zulqarnain Zainol Rashid, rumah wanita itu dibersihkan sekitar dua tahun lalu apabila pihak akar umbi mengesan masalah menyorok barangan di situ.



"Beliau kehilangan ayahnya sejak kecil dan ibunya meninggal dunia pada 2014. Sejak itu, beliau enggan membuka pintunya kepada orang lain.



"Namun pada 2019, perbuatan menyorok sampah itu menjadi amat teruk hingga penduduk lain melaporkan ada bau sangat busuk datang dari rumah itu," ujar beliau.



Selain rumah dibersihkan, wanita berkenaan juga menerima perabot baru ketika itu.



Sejak itu, pihak akar umbi, rakan masyarakat, termasuk masjid, Kelab Heal dan pusat perkhidmatan keluarga (FSC) kawasan tersebut berganding bahu meninjau keadaan wanita itu, menurut Encik Zulqarnain.



Namun, rumahnya dikesan dalam keadaan teruk lagi bulan lalu apabila penduduk membuat aduan mengenai bau busuk.



Difahamkan bahawa mereka juga mendapati bil air dan elektrik wanita itu melonjak baru-baru ini kerana terdapat kebocoran paip dalam rumahnya.



Apabila Berita Harian mengunjungi rumah itu semalam, kesemua biliknya dipenuhi sampah seperti beg plastik, kotak makanan dengan sisa makanan di dalamnya, dan sarang serangga seperti lipas dan labah-labah, yang membiak di seluruh rumah itu.



Anggota Parlimen SMC Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa, yang menyertai usaha pembersihan semalam, berkata wanita berkenaan ditinjau secara kerap oleh pihak akar umbi dan mendapat penjagaan oleh FSC.



"Kes ini menjadi kerana masalah penyorokan sampah ini boleh menyebabkan kebakaran meluas.



"Kami juga amat prihatin mengenai kesihatan dan keselamatan beliau serta penduduk lain kerana keadaan rumahnya yang sangat kotor dan boleh menyebabkan penyakit dan kuman lain.



"Kami juga mendapati air dari paip dapurnya berwarna coklat, mungkin kerana sudah lama tidak digunakan, dan kerja pembaikan perlu dilaksana," tambah Encik Liang.



Beliau mendedahkan rumah itu antara 10 yang dikesan mengalami masalah serupa di Bukit Panjang, dan yang kedua dibersihkan pihak akar umbi di situ.



Dalam minggu-minggu akan datang, rumah-rumah tersebut akan dibersihkan dan dilengkapi perabot baru, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >