Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan kumpulan agama Buddha bantu urus trafik semasa solat Hari Raya Aidiladha di Eunos

Aug 11, 2019 | 02:26 PM



SEPERTI biasa, apabila masjid penuh,  sebahagian jemaah Masjid Abdul Razak terpaksa menunaikan solat Aidiladha di jalan raya kecil di luar masjid.



Namun pada Ahad (11 Ogos), mereka berbuat demikian dengan bantuan sekumpulan  relawan dari pertubuhan agama Buddha Shinnyo-en yang mengurus lalu lintan di sebahagian jalan raya kecil di kawasan estet perumahan privet itu. 



Ini adalah kali pertama relawan dari Shinnyo-en itu membantu menguruskan trafik semasa solat Hari Raya Aidiladha. 



Bercakap kepada The Straits Times, setiausaha masjid Syed Salleh berkata jumlah jemaah yang bertambah bermakna sebahagian jemaah terpaksa mendirikan solat di tepi jalan atau jalan raya di luar masjid.



Namun, atas dasar keselamatan, masjid itu memutuskan untuk mendapat kebenaran menutup sebahagian jalan raya itu pada tahun ini.



Apabila mendengar tentang idea itu di satu mesyuarat Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kembangan, Shinnyo-en menawarkan sekumpulan relawannya untuk membantu menguruskan lalu lintas semasa solat Hari Raya Aidiladha.



Tawaran itu bermakna relawan masjid tidak lagi perlu berbuat demikan semasa solat jemaah berlangsung, membolehkan mereka menyertai solat Aidiladha.



“Kami amat gembira… kerana tidak menyangka orang dari kaum lain rela membantu,” kata Syed Salleh. “Ia juga memberi relawan kami ketenteraman semasa menunaikan solat.”



Pengurus Shinnyo-en Cik Tan Pia Tiang berkata pertubuhannya berbesar hati untuk terus membantu di masa depan.



“Singapura ialah negara berbilang agama, tapi ada banyak persamaan… termasuk solat. Kami faham bahawa menunaikan solat penting bagi rakan Muslim dan ingin membantu supaya mereka tidak perlu terlepas menunaikannya,” ujar Cik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >