Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Relawan pelbagai bangsa gotong-royong bantu bungkus beras bagi golongan susah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Relawan pelbagai bangsa gotong-royong bantu bungkus beras bagi golongan susah

Jul 22, 2022 | 05:30 AM

LEBIH 50 relawan daripada pelbagai kaum, agama, usia dan latar belakang bekerjasama dan menyingsing lengan untuk membungkus beras bagi golongan susah di sini semalam.

Projek Movement R itu dilancarkan badan kemanusiaan silang agama tidak meraih keuntungan, Humanity Matters, bersama rakan kerja berbilang budaya mereka sempena Hari Keharmonian Kaum semalam.

Timbalan Pengerusi Humanity Matters, Encik Gurmit Singh, berkata gerakan itu bertujuan menyatukan warga dan penduduk Singapura yang berbilang bangsa, agama, usia dan latar belakang untuk berbakti demi tujuan yang sama, iaitu membantu penduduk yang memerlukan di negara ini, dengan berasaskan prinsip universal yang dikongsi bersama, iaitu rasa saling hormat dan perikemanusiaan.

"Beras merupakan makanan utama bagi kebanyakan warga Singapura dan orang Asia.

"Oleh itu, kami menganggapnya sebagai wadah untuk kami menyampaikan visi bersama kami iaitu satu negara, satu kemanusiaan, dengan warga Singapura giat berusaha menjadi warga yang aktif, menyumbang, membina dan bekerjasama," ujar beliau.

Menerusi usaha itu, beliau juga berharap relawan dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat serta belajar tentang budaya satu sama lain sedang mereka bekerja rapat bersama.

Relawan itu berkumpul di 51, Geylang Lorong 17 untuk membungkus 3.75 tan beras untuk diagihkan kepada 750 isi rumah berbilang kaum dan agama di serata Singapura.

Mereka termasuk golongan yang kurang berkemampuan serta keluarga yang pencari nafkah utama atau tunggal mereka merupakan bekas pesalah.

Menyusuli usaha semalam, Humanity Matters berkata satu tan beras akan dibungkus dan diagihkan kepada 200 isi rumah sebulan.

Tambahnya, usaha ini turut dijayakan oleh badan agama Buddha setempat, Singapore Buddhist Lodge (SBL), serta Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) yang menyumbangkan beras.

Selain itu, mereka juga mendapat sokongan logistik dan rangkaian masyarakat daripada The Kampung Bridge dan Abam Abam Van.

Antara relawan yang hadir termasuk Cik Fitrah Jasmani, 19 tahun, bekas pelajar Madrasah Al-Maarif yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Menurut Cik Fitrah, usaha itu memberinya peluang berbakti kepada masyarakat yang lebih meluas bersama individu yang berlainan bangsa dan agama.

"Ini satu usaha yang kecil dan mudah tetapi bermakna bagi penerimanya, khususnya golongan yang memerlukan," ujarnya.

Bagi Encik Kim Zi Jie, 24 tahun, usaha itu juga memberinya peluang menghidupkan nilai universal untuk membantu warga Singapura lain menerusi tindakan.

"Biasanya, sambutan Hari Keharmonian Kaum disambut di sekolah dengan memakai pakaian tradisional.

"Tapi peluang, pengalaman dan pendedahan ini... telah memperluas pemikiran dan pandangan dunia saya tentang bagaimana kita semua boleh bersatu dengan tujuan atau nilai kemanusiaan yang sama," ujar mahasiswa itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3