Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 14 tahun maut nahas treler semasa berbasikal

Meninggal dunia di tempat kejadian di Marine East Drive, pemandu ditahan kerana disyaki pandu secara cuai hingga sebabkan kematian
Jun 03, 2021 | 05:30 AM



AHAD lalu semasa hendak pulang ke rumah selepas berjumpa beberapa kawannya, Muhammad Nur Shazly Mohd Ali, 14 tahun, melakukan sesuatu yang dia tidak pernah lakukan sebelum itu.



Dia memeluk mereka dan berkata: "Kalau kita tak jumpa (di) sini, kita jumpa (di) tempat lain."



Kawan-kawan Nur Shazly menyangka dia bercakap mengenai rancangan mereka hendak pergi berbasikal pada Isnin esoknya.



Mereka sama sekali tidak menyangka bahawa itu pertemuan mereka yang terakhir dengannya - esoknya Nur Shazly meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan semasa berbasikal bersama dua daripada kawannya itu berhampiran East Coast Park.



Allahyarham Nur Shazly meninggal dunia di tempat kejadian selepas kemalangan melibat sebuah treler di Marine East Drive. Dua rakannya itu tidak terlibat dalam nahas tersebut.



Menurut polis, Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh paramedik, dan pemandu treler itu, seorang lelaki berusia 37 tahun, ditangkap kerana disyaki memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian.



Siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Ibu saudara Allahyarham, Cik Nor Salinah Shalihen, memberitahu Berita Harian kisah Allahyarham memeluk kawan-kawannya itu diceritakan mereka kepada nenek Allahyarham, iaitu ibu Cik Salinah.



Menurut mereka, Allahyarham tidak pernah berbuat demikian sebelum itu.



Sambil mengatakan ibu bapa Allahyarham enggan diwawancara, Cik Salinah berkata mereka sekeluarga amat terperanjat mengenai pemergian Allahyarham, yang mesra dipanggil 'Boy'.



Allahyarham anak bongsu daripada tiga adik-beradik dan dijaga neneknya, yang tinggal bersama Cik Salinah di Bedok, sejak kecil.



"Boy budaknya sangat baik dan dengar cakap. Kalau suruh itu ini, dia tak akan bantah. Kami berasa hancur luluh akan pemergian Boy," ujar Cik Salinah.



Beliau juga menyifatkan Allahyarham sebagai seorang remaja murah hati dan suka membantu orang lain.



"Boy suka membantu orang juga. Pada malam kemalangan itu, ramai orang datang menyampaikan takziah.



"Beberapa pak cik di kolong blok, yang kami tak kenal tapi mereka kenal Boy, semua kata Shazly budak yang sangat baik," ujar Cik Salinah.



Pengetua Sekolah Menengah Damai, tempat Allahyarham sedang menuntut, juga menziarahi keluarga itu untuk mengucap takziah, kata Cik Salinah.



Malah, mereka masih menerima ucapan takziah daripada orang tidak dikenali melalui Facebook.



Seorang rakan keluarga, Cik Anith Athirah Rahwom, 36 tahun, yang melihat Allahyarham membesar, berkata:



"Shazly seorang yang boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira bangsa atau umur. Dia memang disayangi ramai.



"Perasaan sedih kami tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.



"Kami harap orang lain ambil ini sebagai satu iktibar. Kita semua harus berhati-hati ketika berbasikal atau memandu, atau melakukan apa pun di jalan raya."



Menurut Cik Salinah, Allahyarham bercita-cita menjadi pegawai polis.



"Masa depannya sangat cerah tetapi sayang, umurnya tidak panjang," kata beliau sambil teresak-esak.



*Artikel ini telah dikemas kini bagi menambah ketepatannya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >