Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasrat ikut jejak bapa sertai industri penerbangan tercapai

Berbekal sijil Kepujian dalam bidang Pengurusan Pengangkutan Udara, anak ketiga enam beradik mahu terlibat dalam operasi di Terminal 5 yang akan dibina
Oct 17, 2022 | 05:30 AM



Cita-cita yang wujud ketika masih kecil akhirnya tercapai berkat kesungguhan dan tekad mahu terus memajukan diri. Dua siswazah Institut Teknologi Singapura (SIT) yang menerima ijazah mereka baru-baru ini telah menunjukkan bahawa jika terdapat kemahuan, usaha dan kerja keras perlu diutamakan. Mereka berkongsi perjalanan mereka kepada BERITA HARIAN dalam mengejar impian mereka.



SETELAH meluangkan banyak masa di Lapangan Terbang Changi sejak usianya masih kecil, Cik Arifalina Zahrah Abbas mula tertanya-tanya bagaimana lapangan terbang itu menjalankan operasinya hari demi hari.



Beliau benar-benar ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir bagi memastikan operasi industri penerbangan dapat berjalan dengan lancar.



"Sewaktu saya masih kecil, bapa saya bekerja dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS). Beliau bertugas di Lapangan Terbang Changi dan kami sekeluarga akan menghabiskan banyak masa di sana sementara menunggu beliau.



"Kami mula meneroka tempat-tempat di sekitar lapangan terbang dan dari situ minat saya terhadap industri penerbangan mula berputik.



"Dari situ juga timbul banyak persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik industri penerbangan ini dan saya juga ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana sebuah lapangan terbang berfungsi," katanya.



Mendapat inspirasi daripada bapanya, yang bertugas dengan CAAS selama lebih 20 tahun, serta keghairahan mahu mengetahui lebih lanjut, Cik Arifalina, 25 tahun, berazam mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan dan Perkhidmatan Penerbangan di Politeknik Temasek.



Sejak itu, beliau yakin bahawa beliau ingin terus ceburi industri penerbangan dan melakar kerjayanya dalam industri tersebut.



Baru-baru ini, anak ketiga daripada enam beradik itu telah menamatkan pengajiannya di Institut Teknologi Singapura (SIT) dan meraih sijil Kepujian dalam bidang Pengurusan Pengangkutan Udara.



Beliau merupakan antara 52 pelajar daripada kohort pertama siswazah SIT yang berjaya menamatkan program ijazah selama tiga tahun itu.



Program ijazah itu dibangunkan dengan kerjasama CAAS dan ahli utama industri penerbangan yang lain.



Menurut Cik Arifalina, kursus di SIT telah menyediakan beliau dengan asas yang diperlukan untuk menceburi kerjaya dalam bidang penerbangan.



Impiannya mahu bertugas dalam industri penerbangan kini tercapai selepas beliau ditawarkan pekerjaan di Changi Airport Group (CAG) sebagai Pegawai Bertugas Airside (kawasan luar kawalan pasport dan kastam di terminal).



"Walaupun baru sebulan saya menyertai pekerjaan ini, saya berasa sangat berpuas hati dan amat bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada industri dan syarikat ini. Ini kerana CAG merupakan satu-satunya pengendali lapangan terbang di Singapura dan mengendalikan salah satu lapangan terbang terbaik di dunia.



"Selain rasa teruja, saya juga gembira dapat bertemu dan bekerja dengan mereka yang mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dalam industri penerbangan ini," tambahnya.



Mengongsi nasihat yang diberikan bapanya, Cik Arifalina berkata bapanya mengingatkan beliau supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan dalam industri tersebut.



Cik Arifalina akur bahawa "membuat perancangan yang teliti dan menyesuaikan diri dengan semua perubahan adalah perkara yang sangat penting apabila seseorang menceburi industri tersebut".



Meskipun baru sebulan beliau menggalas tugas barunya itu, Cik Arifalina telah pun menetapkan sasaran pada impian yang lebih besar.



Beliau berkata: "Memandang ke hadapan, saya berharap dapat terlibat dalam operasi di Terminal 5 yang akan dibina nanti.



"Kita semua tahu bahawa ia akan menjadi sebuah lapangan terbang mega. Ia seperti sebuah dunia yang tersendiri. Kita juga tahu bahawa ia merupakan satu projek yang amat besar.



"Jadi, secara idealnya, saya berharap dapat melihat diri saya menjadi sebahagian daripada kakitangan yang membantu operasi di sana, walaupun ia bermakna saya perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dengan melanjutkan pelajaran."




"Walaupun baru sebulan saya menyertai pekerjaan ini, saya berasa sangat berpuas hati dan amat bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada industri dan syarikat ini. Ini kerana CAG merupakan satu-satunya pengendali lapangan terbang di Singapura dan mengendalikan salah satu lapangan terbang terbaik di dunia."



"Memandang ke hadapan, saya berharap dapat terlibat dalam operasi di Terminal 5 yang akan dibina nanti.



Kita semua tahu bahawa ia akan menjadi sebuah lapangan terbang mega. Ia seperti sebuah dunia yang tersendiri. Kita juga tahu bahawa ia merupakan satu projek yang amat besar.



Jadi, secara idealnya, saya berharap dapat melihat diri saya menjadi sebahagian daripada kakitangan yang membantu operasi di sana, walaupun ia bermakna saya perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dengan melanjutkan pelajaran."



- Cik Arifalina Zahrah Abbas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >