Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Susulan NDR 2022

Takrif perkahwinan, definisi keluarga diteruskan seperti biasa

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



TAKRIF perkahwinan, iaitu antara seorang lelaki dengan seorang wanita, serta definisi keluarga, iaitu anak yang lahir dan dibesarkan suami dan isteri yang bernikah secara sah, akan diteruskan seperti biasa.



Pemerintah tidak akan mengubah definisi ini bagi banyak dasar nasional yang bersandarkan takrif tersebut termasuk pendidikan dan peraturan mengambil anak angkat.



Malah, pemerintah terus memperkukuh institusi keluarga menerusi usaha seperti mendedikasikan tahun ini sebagai Tahun Meraikan Keluarga SG, pelancaran Minggu Keluarga Nasional dan meminda undang-undang pengambilan anak angkat baru-baru ini.



Demikian yang ditegaskan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam perbincangan pasca Rapat Hari Kebangsaan berhubung isu pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Panelis lain yang menyertai sesi perbincangan yang berlangsung di pejabat SPH Media di Toa Payoh North itu disertai Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy; Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa; pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sorip, dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.



Menyentuh tentang kebimbangan dalam kalangan masyarakat tentang tekanan ke atas diri mereka untuk menerima atau menuruti desakan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ), Encik Masagos memberi jaminan bahawa institusi keluarga akan terus dikukuhkan.



Tidak mungkin, katanya lagi, negara membuat perayaan keluarga tradisional sekiranya fenomena agak luar biasa seperti yang berlaku dalam golongan LGBTQ diterima sebagai perkara yang "normal".



Beliau akur bahawa para ibu bapa juga bimbang jika anak-anak mereka diajar tentang LGBTQ di sekolah.



Namun, Encik Masagos mengatakan ia tidak benar dan apa yang diajar harus sesuai dengan undang-undang semasa, termasuk perkahwinan adalah antara seorang lelaki dan seorang perempuan dan anak-anak diasuh dalam keluarga tersebut.



"Itulah semua bahan-bahan yang harus diajar dan boleh diajar di sana. Kalau ada berlakunya ajaran-ajaran yang di luar daripada garis pandu Kementerian Pendidikan (MOE) atau undang-undang, saya harap sebagai ibu bapa, buat laporan mengatakan ini tidak tepat pada dasar dan tetap tidak tepat pada undang-undang," jelas Encik Masagos.



Beliau berbesar hati dengan usaha Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, dan asatizah setempat untuk membangunkan irsyad atau nasihat bagi masyarakat Muslim yang jelas berhubung isu lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ+) di Singapura.



Menurutnya, pendekatan yang diambil Singapura berbeza daripada negara lain.



"Saya fikir ini juga mengejutkan banyak negara di mana kedudukan dan pendapat yang harus diberi kepada pihak (LGBTQ) tersebut dimaktubkan secara rasmi.



"Kalau kita lihat di negara lain, dibiarkan saja dosa masyarakat, apa saja yang mereka nak buat. Malah antara ulama dan antara pemimpin agama di negara lain itu memberikan isyarat-isyarat yang sampai membolehkan pembunuhan kepada mereka yang jelas-jelas menyatakan mereka pihak (LGBTQ)," ujar Encik Masagos.



Pejabat Mufti dalam irsyadnya menasihati masyarakat Muslim agar berpegang pada sifat keihsanan, kebajikan dan dengan watak yang terbaik semasa berurusan dengan pihak lain, termasuk yang berpegang pada pendapat yang tidak dipersetujui, pada masa yang sama, menolak sebarang jenis pembulian dan kekerasan dalam ruang awam yang kian disaingi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >