Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Risiko berlaku radang jantung selepas vaksinasi Covid-19 rendah: Kajian

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



RISIKO keseluruhan berlakunya keradangan jantung berikutan vaksinasi Covid-19 didapati sangat rendah, dengan ianya hanya menjejas sekitar 18 orang bagi setiap juta dos vaksin.



Satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Respiratory Medicine mengesahkan bahawa risiko mioperikarditis - keadaan yang menyebabkan keradangan otot jantung - berikutan vaksinasi Covid-19 adalah setanding atau lebih rendah daripada risiko selepas vaksinasi bukan Covid-19.



Kajian itu diketuai oleh penyelidik dari Singapura, iaitu Dr Kollengode Ramanathan, perunding kanan dari jabatan pembedahan jantung, toraks dan vaskular di Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura.



Penulis lain termasuk Dr Jyoti Somani dan Profesor Dale Fisher dari bahagian penyakit berjangkit di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Mioperikarditis, boleh mengakibatkan kerosakan jantung tetap. Ia kerap disebabkan oleh virus namun juga boleh berlaku selepas vaksinasi meskipun ia jarang berlaku.



Terdapat beberapa laporan mengenai mioperikarditis berikutan vaksinasi Covid-19 berasaskan mRNA, terutamanya pada golongan remaja dan dewasa.



Para penyelidik meneliti pangkalan data antarabangsa, melihat lebih daripada 400 juta dos vaksinasi, untuk membandingkan risiko mioperikarditis berikutan vaksinasi terhadap Covid-19 dan penyakit lain seperti influenza dan cacar (smallpox).



Mereka mendapati tiada perbezaan ketara secara statistik antara kejadian mioperikarditis berikutan vaksinasi Covid-19, pada sekitar 18 kes bagi setiap juta dos, dan vaksinasi lain, pada 56 kes bagi setiap juta dos.



Antara vaksinasi Covid-19, risiko mioperikarditis lebih tinggi bagi mereka yang menerima vaksin mRNA (22.6 kes setiap juta dos) berbanding vaksin bukan mRNA (7.9 kes setiap juta dos).



Kes mioperikarditis yang dilaporkan juga lebih tinggi pada individu di bawah umur 30 tahun (40.9 kes setiap juta dos), kaum lelaki (23 kes setiap juta dos), dan selepas dos kedua vaksin Covid-19 (31.1 kes setiap juta dos).



"Kejadian mioperikarditis berikutan vaksinasi bukan Covid-19 boleh mencadangkan bahawa mioperikarditis adalah kesan sampingan daripada proses keradangan yang disebabkan oleh mana-mana vaksinasi dan bukan unik kepada protein spike Sars-CoV-2 dalam vaksin atau jangkitan Covid-19," kata Dr Somani.



Sementara itu, Dr Ramanathan pula berkata: "Penyelidikan kami menunjukkan bahawa risiko keseluruhan mioperikarditis nampaknya tidak berbeza untuk kumpulan vaksin yang baru diluluskan ini terhadap Covid-19, berbanding vaksin terhadap penyakit lain.



"Risiko kejadian yang jarang berlaku seperti itu harus seimbang dengan risiko mioperikarditis daripada jangkitan, dan penemuan ini harus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan vaksinasi Covid-19."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >