Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Riz Sunawan meninggal dunia

Feb 08, 2023 | 11:49 AM



BEKAS pengacara, Riz Sunawan, atau nama sebenarnya Asri Sunawan, 44 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.



Ini disahkan kenalan rapat Riz yang dihubungi Berita Harian (BH).



Semasa hayatnya, Riz merupakan pejuang penyakit saraf motor neuron (MND), atau lebih dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).



Penyakit itu ditanggungnya selama lima tahun.



Menurut sijil kematian yang dilihat akhbar ini, punca kematiannya adalah kerana MND dan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 10.46 pagi Rabu.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), bapa Allahyarham, Encik Sunawan Dasuri, 73 tahun berkongsi bahawa kali terakhir beliau bersama anaknya itu adalah ketika mereka sempat solat subuh bersama pada Rabu, beberapa jam sebelum Riz menyambut seruan Ilahi.


“Kami berdua sentiasa solat subuh dan maghrib bersama walaupun beliau dalam keadaan terlentang,” kata Encik Sunawan.


Allahyarham difahamkan meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Chai Chee Avenue, apabila pembantu rumahnya menyedari bahawa nadi Allahyarham tidak lagi berdenyut.


Antara yang telah mengunjungi keluarga Allahyarham ialah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.


Menyifatkan Riz sebagai seorang insan yang positif dan sentiasa ambil berat terhadap orang lain sedangkan dirinya sendiri menanggung penyakit, Dr Nazirudin berkata pemergian Allahyarham meninggalkan kesan yang amat mendalam.


“Memang daripada pengalaman kami berhubungan dengan Riz sejauh ini, beliau seorang insan yang luar biasa. Masih muda tetapi diuji Allah swt dengan penyakit yang melumpuhkan beliau tetapi tidak pernah sekalipun semangat beliau untuk terus memberi sumbangan, berhbung dengan masyarakat, berinteraksi dengan orang, tunjukkan keprihatinan beliau, itu tidak pernah pudar,” ujar Dr Nazirudin kepada BH.


Bahkan, sehingga saat-saat terakhir pun Riz masih terus bekerja, mencari peluang untuk menabur kebaikan dan ini, kata Dr Nazirudin, mencerminkan hati Allahyarham yang bersih, dan keperibadiannya yang sangat murni.


Beliau menambah bahawa sikap Allahyarham boleh menjadi suatu yang dicontohi masyarakat.


Presiden Halimah Yacob turut mengucapkan takziah ke atas pemergian Allahyarham yang beliau sifatkan sebagai “satu kehilangan besar kepada masyarakat.”


“Allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu melalui penglibatannya dengan Majlis Bahasa Singapura. Allahyarham juga penyokong kuat golongan kurang upaya dan telah membantu menubuhkan Persatuan Penyakit Saraf Motor Singapura (MNDa). Saya bertemu Allahyarham tahun lalu apabila MNDa mengadakan kunjungan ke Istana dan semasa majlis pelancaran buku tulisannya yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang dialaminya,” kata Puan Halimah dalam pos yang dimuatnaiknya di Facebook.



Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Al-Ansar di Bedok bagi solat jenazah. Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Abadi.  - Laporan tambahan oleh SHAHIDA SARHID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >