Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul dana lebih $2j bagi mangsa gempa Turkey, Syria

Mar 02, 2023 | 06:40 PM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengumpul lebih $2 juta dalam inisiatif pengumpulan dana.


Kutipan dana itu  telah berlangsung selama dua minggu dari 10 hingga 24 Februari 2023, bagi mangsa gempa di Turkey dan Syria. 


Sebanyak $1 juta telah disalurkan kepada pertubuhan bukan pemerintah (NGO) di Turkey, Hayrat Yardim. 


RLAF telah membantu menyelaraskan respons pantas kepada keperluan mangsa dengan segera dan memberi bantuan menyelamatkan mangsa secepat mungkin, sejurus setelah kelulusan Pesuruhjaya Pertubuhan-pertubuhan Amal (CoC), kata RLAF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (2 Mac). 


RLAF akan memindahkan baki dana yang dikumpulkan menyusuli pengumpulan terakhir jumlah kutipan dan kelulusan lanjut yang diperolehi daripada CoC. 


Mematuhi peraturan dan sebagai sebahagian daripada tadbir urus baik badan amal berdaftar yang diberikan status Institusi Bertaraf Awam (IPC), RLAF juga akan melalui pensijilan audit dan laporan itu akan dikemukakan kepada CoC. 


Menerusi kenyataan itu, RLAF mengucapkan terima kasih kepada semua individu dan kumpulan yang telah tampil dan menyumbang dengan murah hati kepada kempen ini. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >