Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ROMM gantung semua permohonan nikah bagi tarikh 7 Apr hingga 4 Mei

Segelintir pasangan dipercepat tarikh nikah atas sebab wajar
Apr 07, 2020 | 05:30 AM



MEREKA sepatutnya bernikah pada 12 April, tetapi pasangan Encik Muhammad Dzul Fikar Ruzzaman Mokhti, 27 tahun, dan Cik Jennifer Gita Cahyani Chua Bock Heng@Amin Hidayat, 25 tahun, mempercepat pernikahan mereka ke petang semalam.



Mereka antara segelintir pasangan yang diberi keizinan melakukan demikian menyusuli langkah Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) menggantung semua pernikahan sepanjang tempoh 'pemutus litar' yang berkuat kuasa hari ini.



Sepanjang tempoh 'pemutus litar' ini, perkhidmatan bagi permohonan pernikahan untuk tarikh antara 7 April dengan 4 Mei tidak boleh dilakukan.



Bangunan ROMM juga akan ditutup kepada orang ramai sewaktu tempoh itu.



Memberi respons kepada Berita Harian (BH), ROMM berkata ia akan mengatur semula jadual pernikahan semua pasangan terjejas ke tarikh lebih lewat.



Ini kecuali pasangan yang berada dalam keadaan wajar dinikahkan seperti kes Encik Dzul Fikar dan pasangannya, dan ROMM akan mengendalikan kes tersebut.



Pendaftar Pernikahan Orang Islam, Ustaz Nor Razak Bakar, menekankan bahawa langkah ini ditetapkan demi keselamatan pasangan, tetamu mereka serta masyarakat .



"Kami menghargai jika masyarakat faham pentingnya melindungi keselamatan semua dan mengambil inisiatif untuk menjadualkan semula pernikahan mereka.



"Kami tahu ini bukan keputusan mudah untuk dilakukan. ROMM akan memansuhkan bayaran untuk penjadualan semula dan akan bekerjasama rapat dengan pasangan untuk tempah semula tarikh baru," ujarnya.



Sementara itu, melahirkan rasa syukur, Encik Dzul Fikar, yang menghidap barah darah tahap empat berkata:



"Bagi orang yang sakit seperti saya, setiap saat itu bermakna.



"Perkahwinan saya sudah ditunda sebelum ini disebabkan kesihatan saya, dan saya tidak mahu menundanya lagi. Keadaan kesihatan saya boleh berubah bila-bila masa sahaja, dan saya tidak mahu hal ini menjejas kesihatan mental saya juga."



Beliau, yang mendapat tahu kelmarin bahawa pernikahannya perlu digantung, telah membuat permohonan kepada ROMM dan selamat diijab kabul petang semalam.



Semalam, beberapa pasangan yang ditemu bual BH resah kerana tidak tahu sama ada dapat mempercepatkan tarikh pernikahan mereka kepada semalam ataupun perlu menundanya.



Ada yang dilihat beratur di luar ROMM untuk mendapat jawapan kepada ketidakpastian mereka.



Antaranya adalah Cik Nora (bukan nama sebenar), 20-an tahun, yang hanya dapat tahu tentang penggantungan pernikahan pagi semalam.



Beliau hadir di ROMM dari 10 pagi hingga 5 petang, tetapi permohonannya untuk mempercepat pernikahan gagal diluluskan.



"Saya kecewa kerana perkara sebegini patutnya dimaklumkan kepada kami lebih awal. Tiada sesiapa yang munghubungi saya untuk memberitahu hal ini dan saya cuma mendapat tahu sendiri dengan tidak sengaja di laman web ROMM.



"Ini menyusahkan ramai di kalangan kami yang perlu datang dari kerja untuk meleraikan ketidakpastian ini sendiri," katanya.



Pegawai ROMM akan menghubungi mereka yang telah membuat permohonan perkahwinan dengan ROMM dalam dua minggu akan datang menerusi panggilan telefon, SMS dan e-mel, kata ROMM.



Beberapa naib kadi yang dihubungi BH enggan memberi komen tentang penggantungan pernikahan.



Ustaz Nor Razak meluahkan penghargaan kepada para naib kadi yang memainkan peranan penting mendekati pasangan yang terjejas, menjelaskan kepada mereka keperluan untuk menangguhkan pernikahan dalam waktu mencabar ini, dan menyokong mereka sepanjang persediaan mereka untuk menjalani upacara perkahwinan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >