Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang Ihsan baru dilancar di stesen MRT Novena dan Jurong East

Jun 25, 2018 | 02:56 PM



MENYUSULI kejayaan dan maklum balas positif yang diterima di Ruang Ihsan pertama di stesen MRT Outram Park yang dilancarkan Ogos tahun lalu, dua lagi ruang serupa telah dilancarkan di stesen MRT Novena dan Jurong East pagi tadi ( 25 Jun).



Ruang Ihsan atau Heart Zone, merupakan inisiatif Majlis Pengangkutan Awam (PTC), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) serta pengendali pengangkutan awam lain yang bertujuan menyediakan ruang bagi orang ramai membantu mereka yang memerlukan bantuan ketika dalam perjalanan.



Misalnya, bantuan boleh diberikan kepada warga emas atau mereka yang mahu ke hospital berdekatan stesen-stesen MRT tersebut.



Bantuan boleh berbentuk menunjukkan jalan ke arah hospital yang mahu dituju atau penggunaan kerusi roda yang turut disediakan di Ruang Ihsan itu.



Ditemui media di stesen MRT Novena pagi tadi, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan dan Kesihatan), Dr Lam Pin Min, berkata Ruang Ihsan tersebut sangat dialu-alukan, terutama bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk ke hospital-hospital berdekatan.



“Kita mulakan Ruang Ihsan di stesen MRT Outram Park tahun lalu dan mendapat maklum balas yang sangat baik.



“Malah, orang ramai menyarankan kepada PTC agar dapat mengembangkan lagi (inisiatif) ini kepada lebih banyak stesen yang dekat dengan institusi kesihatan. Jadi, hari ini kita telah melancarkan Ruang Ihsan di MRT Novena,” ujar Dr Lam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >