Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah Peralihan Rise Above bagi wanita dirasmi

Sediakan sekitaran selamat bagi pesalah wanita timba kemahiran baru, bantu mereka integrasi semula dalam masyarakat
Jul 04, 2023 | 03:33 PM



Khusus bagi pesalah wanita, Rumah Peralihan Rise Above, dirasmikan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, pada Selasa.

Bertempat di St George’s Lane, rumah peralihan itu bertujuan menyediakan sekitaran selamat bagi pesalah wanita untuk menimba kemahiran baru bagi membantu mereka integrasi semula dalam masyarakat.

Ia ditubuhkan bersama Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Sejak rumah peralihan itu pertama kali dihuni pada September 2022, ia telah memberi manfaat kepada 46 pesalah wanita, dengan seramai 13 daripadanya telah berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Semasa berucap, Encik Shanmugam berkata walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah tanggungjawab individu untuk menjauhi kesalahan, masyarakat terus mempunyai tanggungjawab untuk cuba memberi golongan bekas pesalah kehidupan yang lebih baik apabila mereka keluar dari penjara.

“Apabila mereka keluar, selalunya orang yang menunggu di pintu penjara adalah orang-orang yang pada mulanya menyebabkan mereka terjebak ke dalam masalah. Jadi, jika anda biarkan mereka tanpa sokongan, mereka akan kembali ke kawan lama mereka, mereka akan kembali ke sistem sokongan sosial mereka.

“Manusia memerlukan sokongan sosial. Jadi, sekiranya tiada sokongan keluarga dan tiada sokongan yang betul, mereka akan kembali dan mendapatkan sokongan daripada kawan lama mereka, orang yang membawa mereka terjerumus ke laluan ini,” katanya.

Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata para penghuni menjalani latihan dari segi pekerjaan dan juga untuk berhubung kembali bersama keluarga mereka.

“Salah satu ciri unik Rumah Peralihan Rise Above adalah untuk menyediakan ruang selamat bagi keluarga memperkukuh dan membina ikatan mereka, supaya mereka terlibat dan saling menyokong sepanjang perjalanan (pemulihan),” ujarnya.

Menurut PPIS, kunjungan keluarga digalakkan di rumah peralihan tersebut dan sebanyak 200 kunjungan keluarga telah dibuat sehingga Jun 2023.

Dalam pada itu, rumah peralihan tersebut juga telah mencapai sasarannya iaitu untuk memadankan kesemua penghuni kepada pekerjaan atau latihan dalam tempoh tiga bulan mereka dimasukkan ke sana.

Rumah peralihan itu mempunyai beberapa kemudahan termasuk makmal komputer serta taman di mana penduduk berpeluang melakukan kegiatan berkebun. Hasil tanaman juga digunakan untuk menyiapkan makanan dan minuman mereka.

Menurut Cik Hazlina, rumah peralihan itu merancang membangunkan inisiatif menarik alumni tempat tersebut kembali menyumbang, seperti pementoran buat penghuni lain.

Aspek lain yang diteroka ialah mendedahkan penghuni wanita kepada pekerjaan melebihi sektor makanan dan minuman, seperti dalam pendigitalan dan teknologi.

Cik Hazlina mengalu-alukan orang ramai dan rakan masyarakat tampil bekerjasama dengan Rumah Peralihan Rise Above.

“PPIS akan terus menggunakan pendekatan berdasarkan bukti bagi perkhidmatan kami dan meneroka kerjasama penyelidikan. Ia adalah tanggungjawab kita untuk mewujudkan masa depan di mana tiada wanita yang ketinggalan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >