Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak peluang bagi pemulihan remaja lelaki

Masagos rasmi pembukaan premis baru Rumah Tumpangan Remaja Lelaki Singapura (SBH) di Bulim Drive
Nov 23, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang lebih baik akan diberikan kepada belia menjalani pemulihan di Rumah Tumpangan Remaja Lelaki Singapura (SBH)) di premis barunya di 3 Bulim Drive, dekat Jurong West.



Ini akan dilakukan melalui aktiviti dan program yang membentuk tingkah laku mereka, memupuk mereka dari segi psikologi dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi mencapai potensi penuh mereka.



SBH pindah ke Bulim Drive dari Jurong West Street 24 pada 9 November 2019.



Premis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.



Majlis perasmiannya semalam turut dihadiri Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.



Premis baru itu dilengkapi dengan, antara lain, ruang aktiviti, bangunan sekolah, makmal sains dan dewan sukan yang menyediakan lebih banyak ruang untuk membangunkan penghuninya dari segi akademik dan vokasional, serta memupuk kemahiran sosial dan pembangunan peribadi mereka.



Mengulas tentang pemindahan itu, Encik Masagos berkata: "Penempatan semula SBH ialah satu peristiwa penting sedang kami menyokong usaha peribadi penghuni di sini mengubah kehidupan mereka.



"Premis baru ini membolehkan SBH menyediakan penghuninya lebih banyak peluang lebih baik untuk menjalani perjalanan pemulihan mereka."



Encik Masagos menekankan bahawa usaha itu tidak akan tercapai tanpa sokongan padu anggota keluarga penghuni dan masyarakat secara am.



"Pelibatan keluarga dan masyarakat kekal sebagai perkara utama kepada kejayaan pemulihan dan integrasi semula penghuni," ujar Encik Masagos.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) memastikan hubungan antara penghuni SBH, keluarga mereka dan masyarakat menjadi fokus utama dalam perjalanan pemulihan itu.



Pekerja sosial menggalak penghuni dan anggota keluarga mereka mengambil bahagian secara aktif dalam program kekeluargaan untuk mengukuhkan ikatan mereka.



Keluarga yang mempunyai keperluan lebih mendesak juga akan diberi peluang menghadiri sesi terapi keluarga yang dijalankan oleh pakar psikologi.



Selain itu, di premis baru SBH, konsep Masyarakat Terapeutik (Therapeutic Community) diperkenal dengan adanya lebih banyak ruang aktiviti di mana penghuni dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil dengan peluang pembelajaran rakan sesama rakan diberikan.



Ini memperkasa penghuni dengan mengetengahkan kekuatan mereka, dan membolehkan mereka menjalin ikatan lebih kukuh serta memotivasikan satu sama lain ke arah matlamat yang telah mereka tetapkan untuk diri mereka sendiri, kata MSF.



Dalam ucapan beliau di majlis perasmian premis baru SBH itu, Encik Chua, berkata:



"Semua orang melakukan kesalahan, dan ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tunjuk ajar salah atau terdedah kepada pengaruh negatif, tingkah laku jenayah atau trauma ketika zaman kanak-kanak mereka.



"Kami komited menyokong belia yang telah melalui kesukaran dalam kehidupan mereka untuk mengatasi cabaran dan mencapai potensi sebenar mereka."




"Premis baru ini membolehkan SBH menyediakan penghuninya lebih banyak peluang lebih baik untuk menjalani perjalanan pemulihan mereka. (Namun) Pelibatan keluarga dan masyarakat kekal sebagai perkara utama kepada kejayaan pemulihan dan integrasi semula penghuni."
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.




RUMAH TUMPANGAN REMAJA LELAKI SINGAPURA (SBH)



SEKILAS SEJARAH SBH



  • 1900: Institusi bagi pesalah muda dari negeri-negeri Selat, negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu, Brunei dan Sarawak.

  • 1947: Diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Sosial dan diberi nama Bukit Timah Boys' Home

  • 1972: Ditukar nama kepada Singapore Boys' Home, berpindah ke Bukit Timah/Clementi Rd

  • 1999: Berpindah ke Jurong West St 24

  • 2019 - Berpindah ke 3 Bulim Drive

BUTIRAN PREMIS SBH DI BULIM DRIVE:



- Kapasiti: 257 katil



- Dormitori: 89 didiami 1 hingga 5 orang setiap dormitori



- Bangunan: 7 (5 blok kediaman; 1 pusat pendidikan; 1 blok pentadbiran)



- Ciri baru: Makmal sains, padang bola sepak, dewan sukan, perpustakaan, pusat aktiviti, akses pengesahan biometrik bagi penghuni skim bebas siang hari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >