Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Sabar, taat kepada keputusan ulama tetapkan tarikh Syawal

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



TARIKH Syawal tahun ini menjadi topik perbincangan paling hangat di kalangan rakyat Malaysia - Raya pada Jumaat atau Sabtu?



Pada Jumaat, kita sudah mengetahui bahawa tarikh Raya di Malaysia dan di Singapura adalah pada Sabtu.



Sebelum tarikh rasmi ini diisytihar, masyarakat Malaysia khususnya, terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang menyatakan Raya akan jatuh pada Jumaat.



Terdapat kegusaran rakyat Malaysia terhadap berulangnya sejarah 'raya terkejut' seperti tahun lalu dan spekulasi 1 Syawal pada Jumaat 21 April ini tular menerusi media sosial akhir-akhir ini.



Pakar ilmu falak setempat, Ustaz Dr Firdaus Yahya, menjelaskan berdasarkan matematik, pada 29 Ramadan, anak bulan memang sukar dilihat dan ketinggian anak bulan tidak mencapai kriteria kebarangkalian cerapan.



Menurutnya ketinggian anak bulan berada pada ketinggian dua darjah. Ini tidak memungkinkan kenampakan anak bulan maka memustahilkan untuk Hari Raya jatuh pada Jumaat.



Ustaz Dr Firdaus berkata kriteria yang telah ditetapkan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) adalah dengan ketinggian tiga darjah ketinggian atas ufuk dan 6.4 darjah jarak antara matahari dan bulan.



Kaedah utama yang dianjurkan sebagaimana nas Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw adalah berdasarkan rukyah 'hilal' atau melihat anak bulan.



Dalam laman Muslim.sg melalui rencana bertajuk 'Singapore's approach to determining the start of the Islamic hijri month' (Pendekatan Singapura untuk menentukan permulaan bulan hijriah Islam) menyatakan penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah atau kebolehnampakan anak bulan Syawal.



Proses penentuan Aidilfitri bergantung kepada kenampakan anak bulan pada Maghrib, 29 Ramadan, mengikut kriteria yang sudah ditetapkan menerusi Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi 'hilal' dan jarak lengkung antara 'hilal' (sabit pertama selepas ijtimak) dan matahari.



Penetapan adalah berdasarkan kepada hukum syarak di mana pada 29 Ramadan akan dibuat cerapan anak bulan untuk dilihat sama ada Hari Raya pada keesokan harinya ataupun jika anak bulan tidak kelihatan, maka akan beraya pada lusa.



Oleh itu, adalah penting untuk tidak menjadikan tarikh sambutan Aidilfitri sebagai bahan gurauan di media sosial.



Serahkan bab hukum agama kepada ulama dan pakar agama. Jangan kelirukan orang yang memang sudah sedia keliru.



Ini kerana kewajipan pihak berkuasa agama seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan kerana kita perlu memastikan umat Islam bersatu padu.



Kekeliruan mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri yang sebelum ini dikatakan jatuh pada Jumaat atau Sabtu harus menjadi pengajaran kepada kita.



Sebagai umat Islam, kita perlu menghormati keputusan ulama dan pakar agama, serta bersikap sabar dan taat kepada keputusan yang telah ditetapkan.



Dalam masa yang sama, kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan memberi sokongan kepada mereka dalam menjalankan tugas.



Dengan usaha bersama dan kepercayaan kepada ulama dan pakar agama, kita dapat mengelakkan kekeliruan seperti ini pada masa akan datang dan memastikan sambutan Hari Raya Aidilfitri sentiasa menjadi sumber kegembiraan dan kebahagiaan bagi umat Islam.



Pendekatan yang diambil Muis tidak harus menjadi isu. Yang menjadi isu apabila ada pihak membawa pandangan negara lain yang berasaskan kepada pengiraan negara lain dan yang baru ini mengatakan bahawa raya pada Jumaat.



Saya ingin menukil kembali kata-kata Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohd Murat Md Aris, tentang menentukan bulan-bulan Islam utama seperti Ramadan dan Syawal.



"Walaupun keputusan mungkin berbeza, semua negara Mabims mengamalkan kaedah penentuan yang berdasarkan prinsip dan panduan Nabi Muhammad saw dan keputusan masing-masing adalah sah dalam konteks masing-masing," ulas beliau.




"Walaupun keputusan mungkin berbeza, semua negara Mabims mengamalkan kaedah penentuan yang berdasarkan prinsip dan panduan Nabi Muhammad saw dan keputusan masing-masing adalah sah dalam konteks masing-masing."
- Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohd Murat Md Aris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >