Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF anjur Latihan Suman Warrior secara maya

Jul 15, 2021 | 5:30 AM
PELUANG BELAJAR ANTARA SATU SAMA LAIN: SAF telah mengadakan Latihan Suman Warrior di alam maya dengan berjaya tahun ini. Ketua rombongan SAF adalah Kolonel Mohamed Feroz, Komander Briged Infantri Singapura Kedua. - Foto MINDEF
PELUANG BELAJAR ANTARA SATU SAMA LAIN: SAF telah mengadakan Latihan Suman Warrior di alam maya dengan berjaya tahun ini. Ketua rombongan SAF adalah Kolonel Mohamed Feroz, Komander Briged Infantri Singapura Kedua. - Foto MINDEF -

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) telah menganjurkan dengan berjaya Latihan Suman Warrior, yang diadakan buat julung-julung kali secara maya tahun ini.

Latihan itu, yang diadakan buat kali ke-30, adalah acara berbilang negara yang dianjurkan di bawah Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Ia tidak diadakan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Tahun ini, latihan yang berlangsung dari 5 Julai hingga semalam itu melibatkan 132 wakil dari negara-negara anggota FPDA, iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Britain, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya semalam.

Menurut Mindef, peserta menyertai latihan komand yang memberi tumpuan kepada perancangan mengadakan operasi darat.

Ketua rombongan SAF tahun ini Kolonel Mohamed Feroz Mohamed Akber, yang juga Komander Briged Infantri Singapura Kedua berkata:

"Mengadakan Latihan Suman Warrior di tengah-tengah keadaan Covid-19 menekankan komitmen kuat dalam kalangan negara-negara yang menjadi anggota FPDA, serta kekuatan FPDA.

"Latihan ini juga membolehkan kami belajar dari satu sama lain dan mempertingkat kerjasama dalam menjalankan operasi dalam kalangan angkatan bersenjata negara-negara yang menjadi anggotanya."

Mindef berkata selain Latihan Suman Warrior, SAF juga secara tetap menyertai latihan FPDA lain seperti Latihan Bersama Lima dan Latihan Bersama Shield.

FPDA dibentuk pada 1971 sebagai persetujuan pertahanan bersama ekoran pengunduran angkatan bersenjata Britain dari timur Terusan Suez.

Ia menjadi wadah perkongsian pengetahuan dan perbincangan antara negara-negara anggota, menangani tindakan terhadap ancaman luar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg