Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis NTU usahakan pelitup pakai semula dengan keupayaan tapis 99.9% bakteria, virus dan jerebu

Jun 09, 2021 | 06:38 PM



SAINTIS Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah mengusahakan pelitup pakai semula yang boleh membunuh titisan bakteria dalam masa 45 saat serta menyaring 99.9 peratus bakteria, virus dan butiran jerebu - lebih baik daripada pelitup gred perubatan N95 yang digunakan di hospital.



Pelitup N95 berupaya mencegah sekitar 95 peratus titisan ampaian cecair dan bahan partikel berukuran sekitar 0.3 mikron daripada menembusinya.



Penapis pelitup yang dihasilkan NTU dengan selapik nanopartikel yang merosakkan DNA struktur sel pentng dalam bakteria, menyebabkannya mati, kata Profesor Lam Yeng Ming, Pengerusi Sekolah Sains dan Kejuruteraan Bahan yang menghasilkan salutan antimikrobial itu.



Bagi memastikan mikrob ini kekal terperangkap dalam penapis itu, Profesor Madya Liu Zheng dapat menyepadukan bahan elektrostatik pada penapis fabrik yang diperbuat daripada polypropylene agar partikel termasuk bakteria dan virus dengan tenaga negatif atau positif akan tertarik kepadanya.



Bagi menguji keberkesanan pelitup ini, eksperimen dijalankan dengan kerjasama saintis Universiti Nasional Singapura (NUS), di mana bakteria berdaya tahan berbilang ubatan yang disembur dalam bentuk titisan pada permukaan fabrik dimatikan dalam 45 saat.



Apabila ditanya apakah nanopartikel kuprim oksida juga boleh membunuh virus seperti Sars-CoV2 yang menyebabkan Covid-19, pasukan ini berkata beberapa kajian semakan sesama mereka sendiri menunjukkan salutan ini boleh mengurangkan jangkitan virus menerusi permukaan walaupun mereka belum menjalankan sebarang eksperimen dengannya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >