Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Salah guna dadah terkawal hasil penubuhan CNB pada 1971, pendekatan menyeluruh SG

Dec 8, 2021 | 5:30 AM
eb9597c7-dc42-449d-ab84-215d990adfb4
-

BIRO Narkotik Pusat (CNB) ditubuhkan pada November 1971 dengan sekumpulan 20 pegawai perintis untuk menghimpunkan semua tindakan penguatkuasaan dadah di bawah satu agensi.

Sebelum itu, usaha penguatkuasaan sedemikian dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Kastam dan Cukai.

Pemerintah Singapura mengorak langkah menubuhkan CNB kerana menganggap negara ini mempunyai masalah dadah baru dan serius pada awal 1970-an.

Dalam tempoh lima tahun antara 1969 dengan 1974, 65 orang meninggal dunia dalam kes berhubung dadah, menurut CNB dalam satu kenyataannya.

Lebih separuh ditemui mati di tepi jalan, selepas mengambil dos dadah yang keterlaluan atau mengalami reaksi teruk terhadap dadah.

Dalam satu kes, dua budak lelaki dan seorang budak perempuan mengalami kelecuran teruk selepas mereka membakar diri sendiri. Sampel dadah ditemui dalam darah mereka.

Sejak itu, CNB telah berkembang menjadi agensi penguatkuasaan dadah berpandukan mandat jelas dan khusus, iaitu melindungi Singapura daripada bahaya dadah dan bahan lain.

Menurut CNB, pendekatan menyeluruh yang diambil Singapura untuk menangani masalah bekalan dan permintaan dadah membolehkan perbuatan salah guna dadah dikawal, meskipun dengan adanya cabaran baru pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Pendekatan yang diambil Singapura ini terus menerima sokongan kuat pihak awam, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri pada 2018, di mana hampir 90 peratus warga Singapura bersetuju undang-undang dadah di sini berkesan.

Selain penguatkuasaan, CNB berkata ia juga akan meneruskan usaha pencegahan dalam masyarakat, termasuk dengan meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya dadah, terutama dalam kumpulan yang dianggap berisiko terjebak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg