KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI
Salleh: Saharudin minta invois kosong, kemudian naikkan banyak kos
May 18, 2016 | 05:30 AM
PENGURUS syarikat MCC Events & Production (MCCEP), Salleh Sam, telah diminta bekas pemimpin Majlis Pusat Singapura (MPS) Saharudin Kassim memberikannya invois kosong.
Ini kerana menurut Saharudin, invois awal yang diberi Salleh bagi pembayaran persembahan, artis dan khidmat yang diberikan MCCEP bagi projek Penyalaan Lampu Hari Raya Geylang Serai pada 2011 tidak memenuhi piawaian.