Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan NDP secara fizikal dan maya rangsang masyarakat inklusif

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini merupakan satu sambutan yang menggabungkan kededua elemen fizikal dan maya demi memastikan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang mempunyai keupayaan berbeza, dapat menikmati sambutannya, sekali gus merangsang masyarakat inklusif.



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa beliau mengunjungi sesi latihan dan rakaman bunyi kumpulan koir yang akan disiarkan secara virtual dalam persembahan NDP pada 9 Ogos nanti.



Rakaman bunyi serta sesi latihan itu diadakan di Nee Soon Camp, Transit Road, berhampiran Masjid Ahmad Ibrahim.



Buat julung-julung kalinya tahun ini, sebuah kumpulan koir maya akan menyanyikan lagu tema NDP, Stronger Together, dengan rendisi sendiri semasa segmen perbarisan.



Ketika ditemui media, Puan Halimah berkata beliau telah diberikan peluang bertemu dengan peserta koir itu yang datang daripada pelbagai latar belakang dari segi usia ataupun kebolehan.



"Namun, mereka datang bersama bagi memberikan persembahan yang baik untuk rakyat Singapura semasa Hari Kebangsaan nanti.



"Ini menunjukkan usaha berterusan kita untuk membentuk masyarakat yang inklusif menerusi penglibatan semua anggota masyarakat," ujarnya.



Kumpulan koir itu terdiri daripada 95 peserta yang terbentuk oleh kumpulan Voices of Singapore Children's Choir, gabungan Sekolah Pendidikan Khas (Sped) Persatuan Golongan Keperluan Khas (APSN) Chaoyang, APSN Katong dan Pathlight, kumpulan koir Sekolah Menengah Boon Lay dan Manjusri, SG Enable iChamps, seniman muzik pekak dan kumpulan koir siswazah.



Mereka berusia antara tujuh tahun hingga 57 tahun.



Puan Halimah berkata peserta telah meluahkan keghairahan dan kegembiraan untuk membuat persembahan mereka.



Bahkan, bagi kebanyakan peserta, ini merupakan kali pertama mereka menyertai persembahan Hari Kebangsaan.



"Saya rasa ini adalah sesuatu pengalaman yang amat dihargai dan memuaskan bagi mereka," tambah Puan Halimah.



Menyentuh akan perbezaan perayaan tahun ini daripada dua tahun sebelumnya, Puan Halimah berkata sambutan NDP 2022 hampir sama seperti sebelum Covid-19.



"NDP tahun ini akan disambut secara fizikal dengan lebih ramai penonton yang dapat hadir ke Platform Terapung dan juga di serata Singapura, supaya lebih ramai rakyat Singapura dapat merasakan perayaan yang diadakan.



"Saya juga rasa ini adalah suatu nikmat yang kita dapat rasakan kerana negara kita aman, justeru kita dapat menyambut kemerdekaan dengan selesa, berbanding negara lain yang menghadapi masalah dan konflik.



"Jadi, saya menggalakkan semua rakyat Singapura supaya dapat bersatu, bersama kita menunjukkan keprihatinan kita kepada negara dan juga kepada rakyat Singapura," katanya.




"Saya juga rasa ini adalah suatu nikmat yang kita dapat rasakan kerana negara kita aman, justeru kita dapat menyambut kemerdekaan dengan selesa, berbanding negara lain yang menghadapi masalah dan konflik.

Jadi, saya menggalakkan semua rakyat Singapura supaya dapat bersatu, bersama kita menunjukkan keprihatinan kita kepada negara dan juga kepada rakyat Singapura."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >