Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Sarjana muzik hasilkan simfoni 9 minit

'Aeriq Lullaby' akan dipersembahkan pada 25 Mac
Mar 16, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS bergelar ibu kepada anak berusia 10 bulan, komposer dan pemuzik, Cik Syafiqah 'Adha Mohamed Sallehin, mendapat makna baru dalam hidupnya.



Beliau yang kini berusia 32 tahun akur menangani tanggungjawab baru sebagai ibu bukanlah mudah.



"Perspektif hidup saya berubah sejak saya melahirkan. Saya utamakan anak saya dan kerja saya kini berada di tempat duduk di belakang.



"Kebanyakan tugas mengarang karya saya dibuat pada waktu malam sebaik anak saya tidur," kongsi siswazah ijazah Sarjana Muda dalam Muzik (Kepujian) dan Sarjana Muzik, kedua-duanya dalam gubahan muzik, dari Konservatori Muzik Yong Siew Toh pada 2013 dan 2016 .



Karya barunya berjudul Aeriq Lullaby.



Ia merupakan hasil cetusan inspirasi daripada anaknya, Aeriq Rifky, dalam bentuk puisi simfoni selama sembilan minit.



Karya itu menyingkap perjalananan dan pengalamannya sebagai ibu muda.



"Penyusunan karya ini membawa makna lebih besar dalam penggubahan muzik saya kerana ia mendokumentasikan pencapaian dan cabaran berbeza yang saya hadapi bersama Aeriq," tambah ibu seorang anak itu.



"Saya ditugaskan (Orkestra Simfoni Singapura) untuk menggubah muzik pada Mac tahun lalu dan saya mengambil sedikit masa untuk memikirkan apa yang hendak ditulis.



"Menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang menggembirakan saya dan ketika itulah saya memutuskan untuk menulis tentang pengalaman sebagai ibu," kata Cik Syafiqah yang mula menghasilkan karya Aeriq Lullaby sepenuhnya pada Jun.



Puisi simfoni, Aerieq Lullaby mempunyai lima gerakan yang menggambarkan pengalaman berbeza yang dilalui sebagai seorang ibu.



Persembahan simfoni dimulakan dengan gerakan pertama Welcoming You Into the World, Aeriq's Lullaby, Through Sleepless Nights, Watching You Grow and Play dan A Mother's Prayer.



"Contohnya, Through Sleepless Nights, adalah gambaran kekacauan dan kesusahan yang terlintas di fikiran saya apabila Aeriq bangun setiap tiga jam dalam beberapa bulan pertama yang merupakan perkara baru bagi saya."



Merentasi lima pergerakan itu, penonton akan dapat mengalami emosi berbeza seperti rasa cinta, kebahagiaan dan kesukaran.



Bagi Syafiqah, muzik sentiasa menjadi bentuk ekspresi di mana beliau dapat mengetengahkan pengalaman hidup yang dilaluinya.



"Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan simfoni Aeriq Lullaby dengan pengalaman membesarkan anak," tambahnya.



Aeriq Lullaby akan dipersembahkan buat kali pertama pada 25 Mac di acara Kahchun Wong dan Daniel Lozakovich, konsert satu malam arahan Kahchun Wong di Esplanade.



Sebagai seorang komposer, beliau berharap karyanya akan terus membawa makna kepada orang lain di samping membawa mesej positif.



Ia bukan sahaja umpama 'makanan jiwa' secara positif, bahkan menjadi alat untuk berhubung dengan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.




"Penyusunan karya ini membawa makna lebih besar dalam penggubahan muzik saya kerana ia mendokumentasikan pencapaian dan cabaran berbeza yang saya hadapi bersama (anak saya) Aeriq."
- Cik Syafiqah 'Adha Mohamed Sallehin, siswazah ijazah Sarjana Muda dalam Muzik (Kepujian) dan Sarjana Muzik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >