Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli Worldwide Flight Services pada harga $3.1 bilion

Sats bakal jadi pengendali kargo udara terbesar dunia

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



SATS bersetuju membeli pengendali kargo udara terbesar di dunia, Worldwide Flight Services (WFS), pada nilai perusahaan Euro 2.25 bilion ($3.1 bilion), satu langkah yang akan menaikkan firma dalam senarai bursa saham Singapura itu menjadi yang terunggul dalam perkhidmatan penerbangan.



Syarikat katering dalam pesawat dan pengendali darat itu akan membayar sekitar $1.64 bilion dalam bentuk tunai bagi syarikat yang berpangkalan di Paris, menurut Sats kepada bursa saham Singapura, selepas menghentikan dagangan awal pagi semalam.



Rancangan Sats untuk membiayai perjanjian itu menerusi pengumpulan dana ekuiti sebanyak $1.7 bilion dengan bakinya diambil daripada sumber tunai dalaman.



Minggu lalu Sats mengesahkan bahawa ia sedang dalam perbincangan dengan Cerberus Capital Management untuk membeli pengendali kargo udara itu selepas Bloomberg News melaporkan bahawa Sats sedang dalam perbincangan bagi satu potensi perjanjian.



Pembelian yang disarankan itu akan meletakkan Sats sebagai pengendali kargo terbesar di dunia, menguruskan lebih sembilan juta ton kargo, katanya.



Rangkaian yang menggabungkan kededua entiti itu akan meliputi laluan dagangan merangkumi lebih daripada 50 peratus jumlah kargo udara sedunia, dengan hab-hab strategik di Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat, serta dalam pasaran membangun yang baru termasuk Latin Amerika dan Afrika.



Diasaskan pada 1984, WFS beroperasi dalam lima daripada 10 lapangan terbang kargo terunggul di Amerika Utara, dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika, termasuk Los Angeles, Chicago, Miami, Frankfurt dan Paris.



Sementara itu, Sats sudah pun berada di empat daripada 10 lapangan terbang kargo terunggul di Asia, termasuk Hongkong, Taipei, Singapura dan Beijing.



Para pelanggan Sats inginkan sokongan yang lancar di seluruh wilayah, dalam satu cara yang memudahkan dan mengukuhkan operasi mereka, kata Presiden dan ketua eksekutif Sats, Encik Kerry Mok.



"Bergabung dengan WFS akan membolehkan kami memenuhi keperluan tersebut menerusi huraian dan keupayaan pengendalian kargo yang baru, kualiti perkhidmatan yang dipertingkat, pendigitalan yang lebih hebat dan ketampakan serta penjejakan yang lebih baik dalam rangkaian bekalan keseluruhan," kata Encik Mok.



Pasaran pengendalian kargo sejagat telah membuktikan daya ketahanannya, didorong oleh pertumbuhan e-dagang dan permintaan bagi perkhidmatan khusus seperti farmasi.



Sats akur bahawa usulan perniagaan yang digabungkan itu akan membolehkannya memanfaatkan trend pertumbuhan struktural masa kini di mana pemain e-dagang kian menambah kerjasama dengan pengendali kargo dan pelanggan menjangkakan penyedia khidmat menawarkan huraian bagi menguruskan rantaian bekalan kompleks mereka dan menawarkan hubungan yang lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >