Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayur, telur segar tempatan bagi keluarga susah di Boon Lay

Inisiatif badan kebajikan Food from the Heart, The Local Farm oleh Gardenasia sedia makanan bagi golongan memerlukan sambil sokong kebun tempatan
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 1,000 isi rumah memerlukan di Boon Lay akan menikmati hasil kebun tempatan segar mulai bulan tahun depan di bawah satu inisiatif baru oleh badan kebajikan Food from the Heart (FFTH) dan The Local Farm oleh Gardenasia.



Mereka boleh mengambil makanan seperti sayur-sayuran, telur dan cendawan menggunakan kad benefisiari di Kedai Masyarakat @ Boon Lay FFTH.



Kempen perintis Farm to Families (Dari kebun ke Keluarga) itu, yang dijalankan setahun, akan menyokong kebun setempat dan menyediakan makanan kepada golongan memerlukan.



Bagi merasmi dan melancarkan kerjasama mereka itu, FFTH dan Gardenasia menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) di Kedai Masyarakat @ Boon Lay FFTH semalam.



Turut menghadiri majlis itu sebagai saksi ialah Menteri Negara (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.



"Ini sebuah inisiatif asas bermakna untuk mengongsi hasil tempatan yang segar dengan masyarakat. Ia juga membawa keceriaan kepada benefisiari kami. Pemilihan hasil setempat juga mengurangkan jejak karbon dan menyokong pekebun setempat dalam sektor pertanian.



"Ini sangat penting dan selaras dengan usaha kami terhadap matlamat '30 menjelang 30', iaitu memenuhi 30 peratus keperluan makanan secara tempatan dan secara mampan," kata Encik Tan.



Menjelang Jun 2022, lagi 1,000 isi rumah akan mempunyai akses kepada sayur-sayuran, cendawan dan telur hasil tempatan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FFTH, Cik Sim Bee Hia, berkata: "Sebagai badan amal bagi makanan, kami bertindak sebagai penampan masyarakat dan Covid-19 telah menekankan peranan yang boleh dimainkan pertubuhan amal seperti kami."



Selain itu, Pengarah Gardenasia, Encik Kenny Eng, berkata perkongsian itu boleh merangsang industri pertanian mampan.



"Mengetahui bahawa ada permintaan (bagi hasil tempatan) pada jangka panjang bermakna pekebun dapat berkebun tanpa kebimbangan," kata Encik Eng.



Projek perintis ini, yang akan berjalan selama 12 bulan, akan membolehkan benefisiari memilih hingga tujuh hasil segar tempatan, seperti tiga jenis sayur-sayuran, dua jenis cendawan, telur puyuh dan telur, di kedai masyarakat FFTH.



Data daripada setiap pengambilan akan dicatat dan diberi kepada pekebun sebagai maklum balas.



Ini adalah sebahagian daripada usaha Food from the Heart menyediakan pemberian tersasar dan mengurangkan sisa makanan.



Maklum balas juga akan dikumpul setiap suku tahun untuk memastikan sokongan makanan yang diberi adalah apa yang diperlukan benefisiari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >