Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SBS Transit peruntuk $1j latih kakitangan guna teknologi realiti maya

Dec 10, 2022 | 10:39 PM



PENGENDALI pengangkutan awam, SBS Transit, memperuntukkan $1 juta kepada Institut Latihan Rel yang dikendalikannya, bagi mempertingkat kemahiran kakitangannya.



Menurut SBS Transit, pihaknya akan menggunakan teknologi realiti maya, tambahan dan campuran yang menggabungkan alat fizikal dan digital dalam latihan mereka.



Terletak di Depoh Laluan Timur Laut (NEL) SBS Transit di Sengkang, kemudahan itu akan menyediakan latihan untuk kira-kira 2,500 pekerja dalam operasi rel – termasuk pekerja baru dan kakitangan berpengalaman yang memerlukan latihan penyegaran.



Pembukaan Institut Latihan Rel beberapa hari lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan.



SBS Transit berkata modul latihan akan dibahagikan kepada kursus yang lebih kecil dan lebih disasarkan, yang boleh diakses dengan mudah semasa waktu luar puncak.



Ketua Eksekutif SBS Transit Rail, Encik Jeffrey Sim, berkata pengendali memutuskan untuk menubuhkan institut itu bagi memastikan kakitangannya dilengkapi set kemahiran untuk memenuhi permintaan masa depan.



Simulator yang menggunakan teknologi maya akan membolehkan pekerja dilatih tanpa mengganggu operasi, tambahnya.



Encik Sim berkata alat yang digunakan di institut itu akan membolehkan masa latihan lebih pendek.



Beliau memetik contoh juruteknik isyarat, yang kini perlu menjalani latihan selama 12 bulan sebelum ditempatkan tetapi dengan pendekatan latihan baru, ia dipendekkan kepada empat dan enam bulan sahaja, selain boleh “menambah nilai” kemahiran lain yang diperlukan semasa meraih pengalaman kerja sebenar.



Pada pembukaan institut itu, SBS Transit menandatangani memorandum persefahaman dengan penyedia pendidikan dan latihan NTUC LearningHub, untuk melatih pekerja pengangkutan dalam tempoh tiga tahun akan datang di bawah Rangka Kerja Kemahiran SkillsFuture Singapura.



Rangka kerja itu akan digunakan untuk melatih dan memperakui pemandu bas, serta juruteknik bas dan rel, dalam pelbagai skop kerja mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >