Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

See Leng seru majikan lihat kenaikan gaji pekerja pendapatan rendah secara positif

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



Ini termasuk syarat Kelayakan Gaji Setempat (LQS) baru, Model Gaji Progresif (PWM) yang diperkenal bagi pekerja runcit, dan juga bagi pekerja pembersihan, keselamatan dan landskap bukan dari sumber luar.



Namun, ada keprihatinan bahawa majikan mungkin mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan supaya kos kenaikan gaji pekerja ditanggung pengguna dan mereka dapat mengaup keuntungan berlebihan sedang langkah gaji progresif dilaksana.



Dr Tan berkata kenaikan gaji bagi pekerja berpendapatan rendah harus dilihat daripada perspektif positif.



"Kita perlu melihat perkara ini daripada perspektif lebih positif, dari segi bagaimana kita mengiktiraf pekerja bergaji rendah, dan PWM adalah satu contoh amat baik di mana kita cuba memastikan dan membolehkan pekerja bergaji rendah di bawah tahap gaji persentil ke-20 mempertingkat gaji mereka.



"Pada masa sama, kami menggalak dan memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran. Objektif utama kami ialah mengecilkan dengan ketara jurang antara gaji pekerja bergaji rendah dan gaji median," kata beliau.



Sekitar 197,000 pekerja bergaji rendah rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang bekerja sepenuh masa akan meraih manfaat daripada langkah-langkah gaji progresif baru yang bermula 1 September, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) minggu lalu.



Ini termasuk 159,000 pekerja bergaji rendah sepenuh masa bukan dalam sektor PWM, yang akan meraih manfaat daripada syarat LQS baru yang memerlukan majikan menggajikan pekerja migran membayar sekurang-kurangnya LQS $1,400 kepada semua pekerja tempatan.



Sementara itu, sekitar 19,000 pekerja runcit akan menikmati kenaikan gaji di bawah PWM yang diperkenal bagi sektor runcit, di mana gaji jawatan terendah akan tumbuh 18 peratus dalam tiga tahun.



PWM bagi sektor pembersihan, keselamatan dan landskap juga akan diperluas untuk merangkumi pekerja bukan dari sumber luar.



Majikan diberi masa enam bulan hingga Februari tahun depan untuk menyesuaikan diri dan mematuhi langkah Gaji Progresif baru itu.



Dalam usaha membantu majikan, pemerintah akan membiayai bersama kenaikan gaji untuk pekerja bergaji rendah melalui Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS).



Di bawah skim itu, pemerintah akan membiayai bersama 75 peratus kenaikan gaji pekerja bergaji gaji kasar bulanan hingga $2,500 tahun ini, dan 45 peratus bagi pekerja bergaji kasar bulanan $2,500 hingga $3,000.



Dr Tan berkata objektifnya ialah memastikan hingga 94 peratus pekerja bergaji rendah, iaitu sekitar 221,000 pekerja, akan menikmati gaji lebih tinggi di bawah pendekatan gaji progresif itu.



Penolong runcit di kedai runcit ABC Store di Bishan, Encik Muhd Zikir Ahmad, mengalu-alukan PWM yang diperkenal dalam sektor runcit.



"Ini satu langkah yang amat baik kerana kami akan mendapat kenaikan gaji. Dengan kenaikan gaji ini, saya dapat menyumbang kepada perbelanjaan keluarga dengan lebih baik dan juga membuat lebih banyak simpanan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >