Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejuk, hujan tak halang nikmati hujung minggu

Ramai keluar makan, beriadah dalam kumpulan lebih besar yang dibolehkan di bawah fasa ketiga pembukaan semula
Jan 04, 2021 | 05:30 AM



CUACA sejuk yang melanda ketika ini dan hujan gerimis semalam tidak menghalang penduduk Singapura keluar menikmati hujung minggu panjang bersama keluarga.



Mentelah ia hujung minggu pertama sejak orang ramai dibenarkan berkumpul dalam kumpulan lebih besar hingga lapan orang di bawah fasa ketiga pembukaan semula, mulai 28 Disember, sedang kes Covid-19 kian reda.



Ini dapat disaksikan dengan ramai orang makan di luar atau berbasikal di kawasan Changi dalam keadaan awan mendung. Ada daripada mereka menikmati cuaca sejuk dengan berpakaian tebal.



Keluarga Encik Sabtu Ahmad, misalnya, pergi ke Changi Village untuk sarapan apabila kawasan tempat mereka tinggal di Tampines tidak hujan sekitar 8 pagi.



Namun, Encik Sabtu berkata beliau tetap "sediakan payung sebelum hujan".



Beliau mengambil suhu semalam dan mendapati ia antara 21 dan 22 darjah Celsius sekitar subuh, berbanding suhu biasa 23 hingga 25 darjah Celsius.



Mengenai keadaan sejuk itu, seorang suri rumah berusia 45 tahun, Cik Afidah Ariffin, memberitahu Berita Harian beliau "terpaksa terpaksa pakai pakaian tebal malam semalam (kelmarin) kerana menggigil kesejukan pada waktu malam" baik di dalam mahupun luar rumah.



Kebanyakan kawasan lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak kelmarin. Suhu di Singapura merosot ke 21.3 darjah Celsius Sabtu lalu, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Dalam catatan di Facebook-nya, NEA menyatakan hujan berserta guruh berterusan pada Sabtu sebelum reda pada malamnya.



NEA berkata musim tengkujuh pertama dalam monsun timur laut sekarang disebabkan angin yang semakin kencang di Laut China Selatan, menyebabkan awan hujan terbentuk di wilayah sekitarnya.



Menurut makluman cuaca oleh Khidmat Kaji Cuaca Singapura Khamis lalu, hujan sederhana berserta guruh dan keadaan berangin dijangka pada petang dalam dua minggu pertama tahun ini.



Hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan berisiko banjir, dan keadaan itu mungkin menjadi buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.



Mereka yang pergi ke D'Best Fishing di Pasir Ris Town Park hujung minggu lalu terpaksa memakai baju hujan bagi meredah hujan sambil memancing di situ.



"Bosan duduk rumah. Saya rela basah untuk memancing,'' kata Encik Fadil Jumat.



Semalam, beberapa pokok tumbang, termasuk di Fort Canning. Beberapa pekerja dilihat memotong dahan-dahan untuk membersihkan kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >