Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan Covid-19 bagi pelawat dari Fiji ke sini diketat

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperketat sekatan pergerakan pelancong dari Fiji ke sini.



Dengan pandemik Covid-19 semakin teruk di Fiji, semua pelancong yang memasuki Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan ke Fiji dalam 21 hari terakhir akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan SHN khusus.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan pelancong yang belum menyelesaikan SHN 14 hari di kemudahan khusus pada 11.59 malam esok dikehendaki melanjutkan SHN mereka selama tujuh hari.



Mereka yang dikehendaki melanjutkan SHN akan dihubungi mengenai kos tambahan yang perlu dibayar.



Pelancong yang sedang menjalani SHN di rumah atau penginapan bersendirian perlu menyelesaikan SHN 21 hari mereka di lokasi sama bagi mengurangkan pergerakan dan risiko penularan virus itu.



Selain itu, MOH memaklumkan kemas kini mengenai SHN bagi mereka yang tiba di sini dari Israel.



Menurut MOH dengan keadaan Covid-19 semakin pulih di Israel, Singapura akan mengamalkan pendekatan berasaskan risiko.



Mereka yang tinggal di Israel dalam 21 hari terakhir sebelum tiba di Singapura mulai 11.59 malam esok akan dikenakan SHN 21 hari terdiri daripada 14 hari di kemudahan SHN khusus dan tujuh hari di kediaman atau tempat penginapan mereka sendiri.



Semua pelancong yang dikenakan SHN 21 hari akan menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sebaik sahaja tiba di sini, pada hari ke-14 SHN, dan sebelum mereka menyelesaikan SHN 21 hari.



"Dengan keadaan global yang berubah, kami akan terus menyesuaikan langkah sekatan kami untuk menangani risiko jangkitan import dan penularan (virus itu) dalam masyarakat," kata MOH.



Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai langkah-langkah sekatan pergerakan di Singapura, lungsuri https://safetravel.ica.gov.sg/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >