Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 2.5j warga S'pura bakal terima bayaran tangani kos sara hidup pada Jun

May 12, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 2.5 juta warga Singapura akan menerima bayaran khas pada Jun yang memberi sokongan kepada kos sara hidup bagi isi rumah warga Singapura.



Ini merupakan sebahagian usaha untuk membantu mereka menghadapi kesan inflasi dan mengurangkan kesan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi.



Mereka akan menerima wang tunai sehingga $400 di bawah Bayaran Khas Kos Sara Hidup (COL) 2023, dengan lebih banyak diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis.



Warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2023, dengan pendapatan tahunan tidak melebihi $100,000 dan mereka yang tidak memiliki lebih satu hartanah layak mendapat bayaran tunai sekali antara $200 dan $400 pada Jun 2023. Ini tidak kira jenis hartanah yang mereka diami.



Selain itu, dalam kalangan 2.5 juta warga Singapura yang layak, kira-kira 850,000 warga emas akan menerima jumlah tambahan sehingga $300 di bawah Bonus Warga Emas 2023 COL bagi bantuan kos sara hidup tambahan.



Bayaran tunai antara $200 dan $300 akan diberikan kepada semua warga emas Singapura berusia 55 tahun dan ke atas pada 2023, dengan pendapatan tahunan tidak melebihi $34,000.



Dalam pada itu, alamat kediaman mereka juga tidak mempunyai nilai tahunan melebihi $21,000, dan mereka juga tidak memiliki lebih satu hartanah.



Bonus Warga Emas ini tambahan kepada Pakej Jaminan Bonus Warga Emas sehingga $300 yang diberikan pada Februari 2023.



Bayaran khas COL dan Bonus Warga Emas adalah langkah sokongan yang diberikan sekali sahaja kepada warga Singapura sebagai sebahagian daripada pakej jaminan yang dipertingkatkan.



Ia diumumkan pada Belanjawan 2023 oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Pakej ini dijangka dapat mengimbangi sekurang-kurangnya lima tahun perbelanjaan tambahan GST untuk kebanyakan isi rumah, dan sekitar 10 tahun untuk keluarga berpendapatan rendah.



Warga Singapura boleh memeriksa sama ada mereka layak atau tidak untuk menerima bayaran tersebut di laman rasmi Pakej Jaminan dengan menggunakan SingPass mereka.



Untuk menerima bayaran lebih cepat, warga Singapura digalakkan untuk menghubungkan kad pengenalan mereka kepada PayNow sebelum 23 Mei jika mereka mempunyai akaun dengan 10 bank yang mengambil bahagian.



Dengan ini, mereka akan dapat menerima bayaran khas 2023 daripada COL dan Bonus Warga Emas 2023 daripada COL seawal 7 Jun.



Jika tidak, mereka yang mempunyai akaun bank yang sah dengan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) akan menerima bayaran mereka menjelang 15 Jun ini.



Pelanggan bank DBS Bank/POSB, bank OCBC dan UOB tanpa akaun bank berkaitan Paynow-NRIC boleh mengemas kini maklumat akaun bank mereka di laman Pakej Jaminan rasmi menjelang 5 Jun ini.



Warga Singapura yang biasanya menerima bayaran mereka daripada pemerintah melalui GovCash boleh mengeluarkan bayaran COL mereka di mesin ATM OCBC di serata pulau dengan menggunakan nombor rujukan bayaran yang akan dihantar kepada mereka mulai 20 Jun, diikuti dengan nombor NRIC mereka.



Akaun bank OCBC tidak diperlukan untuk melaksanakan urus niaga ini di mesin ATM OCBC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >