Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekolah perubatan tingkat pengambilan pelajar sekitar 60%

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



SEKOLAH-SEKOLAH perubatan di Singapura telah meningkatkan pengambilan pelajar tahunannya sebanyak sekitar 60 peratus, atau dari 320 ke 510 pelajar, dari 2010 hingga 2019.



Pada 2020 dan tahun lalu, sekolah-sekolah itu menerima tambahan 40 pelajar perubatan setahun bagi menampung pelajar yang pengajian perubatan luar negara mereka terjejas oleh pandemik Covid-19.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, menyatakan demikian di Parlimen semalam ketika menjawab pertanyaan oleh Anggota Parlimen, Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang), tentang sama ada Kementerian Kesihatan (MOH) akan mempertimbangkan untuk menambah pengambilan pelajar di tiga sekolah perubatan Singapura.



Dr Janil berkata sumber utama doktor di Singapura datang daripada sekolah-sekolah perubatan setempat, tetapi MOH turut menarik sekitar 200 penduduk tempatan yang menuntut atau mengamalkan perubatan di luar negara kembali ke sini setiap tahun.



"Kebanyakan mereka menuntut di Australia, United Kingdom atau Ireland. Selain itu, kami menambah pengambilan dengan doktor bertauliah dari universiti yang diiktiraf dari negara lain, untuk meringankan beban kerja di hospital dan jabatan tertentu. Buat masa ini, lima negara teratas dari mana doktor asing kami direkrut ialah India, Malaysia, Myanmar, Filipina dan United Kingdom," katanya.



Menjawab soalan Encik Wee tentang langkah mengurangkan kadar doktor yang meninggalkan sektor awam, Dr Janil berkata kadar tersebut adalah sihat iaitu sekitar tiga hingga lima peratus dari 2019 hingga tahun lalu.



Namun beliau menambah MOH akan terus membuat pelbagai usaha untuk mengekalkan doktor-doktornya.



Soalan parlimen itu dibuat sekitar sebulan selepas MOH Holdings (MOHH), syarikat induk kelompok penjagaan kesihatan awam Singapura, berkata lebih 90 peratus doktor muda yang direkrutnya setiap tahun adalah doktor tempatan.



MOHH berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media selepas tender yang ia keluarkan mengenai pengambilan doktor dari India mencetuskan perbahasan dalam talian.



Menurut dokumen tender, rancangannya adalah untuk merekrut 60 pegawai perubatan dari India setiap tahun dari sekarang hingga 2024, dengan pilihan lanjutan satu tahun.



MOHH dalam satu kenyataan berkata keutamaannya adalah untuk merekrut warga tempatan dari sekolah perubatan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Singapura.



Terdapat tiga sekolah perubatan di Singapura iaitu Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS.



Menjawab soalan lain daripada Encik Wee mengenai sama ada MOH boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk meningkatkan kemasukan lulusan politeknik ke sekolah perubatan tempatan Dr Janil berkata satu rangka kerja sudah disediakan untuk meneliti standard yang diperlukan untuk memasuki sekolah perubatan sebagai serta amalan penuh.



"Ada lulusan politeknik yang memasuki sekolah perubatan... saya rasa yang penting adalah mereka telah memenuhi standard itu dan kemudian, dapat berkembang dalam sekolah perubatan dan mereka mempunyai kerjaya yang memuaskan," katanya, sambil menambah bahawa MOH akan terus mengkaji perkara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >